saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/10/2014

340 anggota PGA Briged Sarawak sertai misi Esscom

SERAMAI 340 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak dihantar ke Esscom bagi membantu PGA Briged Sabah di bawah Operasi Taring di Kuching, malam semalam.

KUCHING 16 Okt. - Seramai 340 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Sarawak berangkat ke Sabah malam tadi, untuk menjalankan tugas menjaga keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Isa Munir berkata, pasukan terdiri daripada tiga kompeni diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 11, PGA Kuching, Deputi Supritendan Endut Mehat itu akan terlibat dalam Op Taring bagi membantu PGA Briged Sabah mengawal keselamatan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, setiap kompeni yang mempunyai anggota kira-kira 150 orang masing-masing dipertanggungjawabkan menjaga satu kawasan iaitu Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

"Ini merupakan kumpulan keenam dari PGA, Briged Sarawak yang dihantar menyertai Op Taring di kawasan Esscom sejak berlakukan tragedi pencerobohan di situ.

"Kumpulan kali ini menggantikan pasukan dari PGA, Briged Tenggara yang berpengkalan di Gong Badak, Terengganu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa menghantar rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini malam tadi.

Pasukan terbabit akan menaiki dua penerbangan masing-masing ke Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Sandakan.

Menurut Isa, setiap pasukan dikehendaki bertugas dalam tempoh dua bulan sebelum diganti dengan kumpulan lain secara bergilir-gilir dengan briged lain.

Setakat ini, katanya, semua pasukan yang dihantar berjaya melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.