saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/10/2014

Keupayaan wanita bukan retorik, mampu muncul usahawan berjaya

HAMISA SAMAT

KOTA KINABALU 16 Okt. - Keupayaan wanita dalam dunia perniagaan bukan sekadar `omongan' atau kenyataan retorik kerana golongan itu telah terbukti mampu muncul sebagai usahawan berjaya.

Perkara itu ditegaskan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat yang melihat penguasaan wanita dalam sektor-sektor tertentu seperti industri kecil dan sederhana (IKS).

Menurutnya, penguasaan itu sedikit-sebanyak disokong menerusi insentif-insentif yang diperkenalkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan.

"Untuk itu, usahawan wanita harus bersiap sedia dengan strategi-strategi perniagaan yang lebih kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Ini termasuk mencari peluang perniagaan baharu, menghasilkan produk berinovatif dan meningkatkan kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan pembukaan Butik Farina Yasmin di Kompleks Karamunsing dekat sini kelmarin.

Hamisa memberitahu, golongan wanita, khususnya di negeri ini juga harus merebut pelbagai peluang perniagaan dan tidak hanya `selesa' menjadi masyarakat pengguna semata-mata.

"Apa yang perlu diberi perhatian kini ialah kemampuan rakyat untuk mengeksploitasi pasaran domestik dan menjadikannya sebagai batu loncatan menerjah pasaran antarabangsa pada masa depan.

"Kerajaan sentiasa yakin golongan wanita boleh berjaya dalam apa juga bidang mahu pun kerjaya yang mereka ceburi termasuk perniagaan," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, ketika ini golongan wanita berdepan dengan cabaran globalisasi yang semakin kompleks dan memerlukan golongan itu melakukan perubahan minda.

"Wanita kini perlu lebih berani dan berfikiran terbuka serta perlu melihat negara maju yang lain sekiranya mereka ingin berjaya dan tidak hanya tertumpu di kampung sendiri sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.