saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/10/2014

Tiada insiden tembak, rompak - Polis

KOTA KINABALU 16 Okt. - Polis menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di sekitar Kota Kinabalu agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berhubung berlakunya kejadian tembak dan rompak di Jalan Gaya, dekat sini yang tersebar meluas di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, insiden yang dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) itu dipercayai berlaku di negara jiran, bukannya di pusat bandar raya seperti mana didakwa ramai pihak.

"Tiada kejadian rompakan atau tembak membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Gaya seperti mana didakwa dan tersebar meluas di laman-laman sosial.

"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai terutamanya penduduk di Kota Kinabalu agar jangan panik kerana insiden terbabit difahamkan terjadi di negara jiran," katanya di sini semalam.

Rakaman CCTV berdurasikan lebih seminit dan tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp itu memaparkan insiden sebuah premis dipercayai kedai emas, telah dimasuki oleh sekumpulan lelaki lengkap bersenjata sebelum menembak seorang pengawal keselamatan di situ.

Beliau memberitahu, polis juga meminta orang ramai untuk lebih bertanggungjawab menyebar sesuatu terutama berkaitan dengan isu keselamatan kerana mampu mencetuskan keadaan huru-hara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.