saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/10/2014

Melestarikan keharmonian desa

BARANGAN terpakai digunakan untuk membina pintu gerbang merupakan satu usaha unik ketika wakil Perbadanan Labuan dan Kemas Labuan melawat kampung-kampung yang menyertai ADS1M.

LABUAN 16 Okt. - Keharmonian dalam sesebuah kampung memainkan peranan penting bagi memastikan penduduknya hidup aman dan sejahtera, selain jaminan keselamatan yang berkekalan.

Semangat bersatu padu, saling hormat-menghormati dan tolong-menolong dalam sesebuah kampung merupakan satu semangat yang mampu menceriakan lagi suasana kampung itu.

Walau bagaimanapun, keharmonian yang mendorong kepada keselamatan kampung itu tidak hanya datang dengan sendirinya tanpa peranan dimainkan oleh ketua kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama penduduk.

Rantaian kerjasama inilah yang memastikan keselamatan serta keharmonian kampung itu tercapai, sekali gus membina masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain.

Sehubungan itu, bagi memastikan suasana kampung di sini sentiasa harmoni dan selamat, Perbadanan Labuan bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Labuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengadakan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) baru-baru ini.

Sebelum ini, ADS1M dikenali sebagai Anugerah Desa Cemerlang (ADC).

BARISAN ahli jawatankuasa dan kakitangan Kemas Labuan bergambar bersama selepas majlis ADS1M di Labuan, baru-baru ini.

Sebanyak 10 daripada 27 kampung yang 'ditadbir' oleh JKKK menyertai anugerah yang julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan ini, selain menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan kampung maju, menarik serta menguntungkan selaras dengan ciri-ciri Wawasan 2020.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli ketika berucap sempena majlis anugerah itu berkata, pihaknya melahirkan harapan supaya JKKK akan terus kekal menjadi sebuah institusi desa yang penting dan relevan kepada masyarakat setempat.

Kata beliau, JKKK perlu memainkan peranan dalam membantu kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan dalam merancang pembangunan kampung dengan menggunakan sumber-sumber yang ada.

Ini jelasnya, termasuk menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat yang sejahtera.

"Kepada seluruh pemimpin akar umbi seperti JKKK, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberikan sokongan berterusan kepada kepimpinan negara dalam melaksanakan tanggungjawab memimpin masyarakat desa dengan penuh dedikasi.

"Oleh itu, saya berharap kepada semua JKKK supaya meneruskan usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi warga desa ke arah menjadikan desa berjaya serta memiliki identiti tersendiri, terutama di Labuan ini," katanya.

Sempena anugerah itu, johan dimenangi Kampung Durian Tunjung manakala naib johan Kampung Batu Arang serta Kampung Bukit Kalam (tempat ketiga).

ADS1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jun lalu merupakan penggabungan dua program pertandingan kampung terbaik iaitu ADC yang telah bermula sejak 1987 dan Anugerah Desa Sejahtera yang dilaksanakan pada 2012.

Penggabungan itu menyaksikan kampung terbabit dinilai berdasarkan tujuh aspek iaitu kepimpinan dan pentadbiran; pendidikan dan latihan; ekonomi dan keusahawanan; patriotisme dan kemerdekaan; kerohanian dan kemasyarakatan; teknologi maklumat dan komunikasi serta kebersihan, kesihatan dan keceriaan.

Rozman menambah, pertandingan itu bukan sahaja diadakan bagi memenangi hadiah yang disediakan, sebaliknya mempunyai objektif utama seperti merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin.

Selain itu kata beliau, pertandingan tersebut bertujuan menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan nilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan kaum, agama, budaya serta geografi.

"Ini termasuk merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan menguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kemas Labuan, Nor Azhar Othman berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan penglibatan semua pihak dalam menjayakan majlis tersebut hingga menobatkan Kampung Durian Tunjung sebagai johan ADS1M tahun ini.

Katanya, setiap kampung yang terlibat akan dinilai berdasarkan beberapa aspek antaranya kepimpinan, ekonomi, patriotisme, kerohanian, pendidikan dan komunikasi selain aspek-aspek kebersihatan serta kesihatan diambil kira.

"Bagi ADS1M kali ini, kita juga menambah dua aspek penilaian iaitu aspek kepimpinan Pengerusi dan Setiausaha JKKK," tambahnya.

Nor Azhar berharap sebanyak 27 kampung di Wilayah Persekutuan ini bersiap sedia dan memberikan komitmen dalam penganjuran program tersebut pada tahun hadapan.

Ujarnya, kerjasama dan penglibatan penduduk setempat dan peranan JKKK perlu dipertingkat agar objektif penyertaan dapat dicapai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.