saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 17/09/2012

Pulihara ekosistem marin

Aktiviti snorkeling antara tarikan pengunjung ke Pulau Payar.

TAMAN Laut merupakan kawasan perairan lautan yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari paras air surut terendah.

Secara asasnya, penubuhan Taman Laut menyasarkan matlamat melindungi serta memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin akuatik.

Ini kerana, kekayaan serta kepelbagaian biologi kawasan tersebut dengan nilai ekonomi dan komersial yang tinggi harus diuruskan sebaik mungkin demi memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Inisiatif pemeliharaan biodiversiti marin sebenarnya mula dilaksanakan pada tahun 1983 hasil buah fikiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Di Malaysia, sebanyak 42 buah pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut yang terletak sekitar negeri Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pewartaan pulau-pulau tersebut sebenarnya disebabkan ia mempunyai keunikan daripada segi habitat marin yang ekstensif seperti terumbu karang, rumpai laut dan juga hutan bakau.

Di samping itu, kawasan berkenaan juga memiliki pelbagai jenis batu karang iaitu kira-kira 77 peratus daripada spesies batu karang dunia.

Pada tahun 2006, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diberi tanggungjawab mengurus serta mentadbir kawasan perlindungan marin negara itu di bawah penyelenggara Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 2007.

Secara umumnya, jabatan tersebut berfungsi mengurus dan melindungi sumber-sumber semulajadi termasuk habitat dan organisma marin.

Di samping itu, mereka turut menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti rekreasi di kawasan Taman Laut seperti selam skuba, snorkeling dan fotografi dasar laut.

Sehingga kini, JTLM mempunyai enam Pusat Taman Laut di seluruh Malaysia iaitu Pusat Taman Laut Pulau Payar, Pusat Taman Laut Pulau Redang, Pusat Taman Laut Pulau Perhentian, Pusat Taman Laut Mersing, Pusat Taman Laut Pulau Tinggi dan Pusat Taman Laut Pulau Tioman.

Selain pemantauan, JTLM turut terlibat dalam program pendidikan dan kesedaran bersama pertubuhan bukan kerajaan serta sektor swasta di samping menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan bidang biologi seperti kehadiran spesies ikan dan kesihatan tumbu karang.

Dengan segala inisiatif itu, biodiversiti marin di kawasan Taman Laut akan terus terpelihara bagi menjana ekonomi dalam sektor pelancongan dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan melalui penyediaan peluang pekerjaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.