saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 23/09/2012

Komunikasi rapatkan jurang saintis-media

Penerangan saintis yang panjang berjela dengan terminologi teknikal menyukarkan wartawan memahami apa yang hendak disampaikan. - Gambar hiasan

ADA yang mengatakan media cetak dan elektronik tidak memberikan liputan meluas mengenai isu-isu saintifik manakala pihak media pula mendakwa mereka tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya.

Malah dikatakan media menggembar-gemburkan hanya cerita-cerita buruk mengenai dunia sains terutama bioteknologi.

Misalnya organisma diubahsuai secara genetik atau dengan bahasa mudahnya GMO dicap sebagai produk yang sangat berbahaya sehingga dilabelkan Frankenfood.

Tetapi adakah semua produk GMO berbahaya? Apabila perkara ini berlaku, mengapa tiada saintis yang bangkit memperbetulkan keadaan dengan memberikan penerangan.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam komunikasi dua golongan yang mempunyai latar belakang, 'bahasa' dan budaya kerja yang amat berlainan.

Editor New Straits Times, Theresa Manavalan yang berpengalaman lebih 20 tahun berkata, pihaknya menghadapi banyak kekangan semasa mendapatkan maklumat bagi menghasilkan artikel berkaitan dengan sains.

Semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Me Reporter You Scientist, ketika dialog antara saintis dan wartawan: Ke arah komunikasi bioteknologi pertanian lebih baik di Serdang, Selangor baru-baru ini, beliau berkata, kedua-dua golongan saintis dan wartawan amat berbeza.

"Kedua-duanya bercakap dalam 'bahasa' yang berbeza, latar belakang dan budaya kerja mereka juga amat berlainan," katanya.

Kebanyakan wartawan negara ini tidak mempunyai latar belakang dalam bidang sains menjadikannya sukar untuk memahami apa yang diperkatakan.

GemarManakala saintis pula gemar memberikan penerangan dalam 'bahasa' mereka dengan bentuk teknikal yang panjang berjela.

"Ini menyebabkan wartawan tidak memahaminya lantas menyifatkan sains sebagai membosankan," katanya.

Bagaimanapun jelas Theresa, beliau lebih mudah memahami sains melalui artikel kecantikan dan kesihatan yang membincangkan mengenai teknologi nano, misalnya.

Menjawab pertanyaan Pengarah Pusat Bioteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Umi Kalsom Abu Bakar yang mengatakan kenyataannya yang tersilap di media, Theresa menjawab, wartawan sentiasa berdepan dengan tarikh akhir dan juga beberapa 'tapisan' untuk menyunting artikel.

Pembentang dari Filipina yang juga pakar matematik dan psikologi dari Universiti Ateneo de Manila, Dr. Queena Lee-Chua menyarankan saintis menghantar artikel berkaitan sains di dalam akhbar arus perdana.

Beliau mula menyumbang artikel pertamanya di media arus perdana negaranya pada 1995 mengenai matematik yang bertajuk 'Why be afraid of Mathematics'.

"Ketika itu adik saya yang berusia 10 tahun menjadi pengkritik setia saya.

"Kalau dia faham apa yang saya tulis maknanya masyarakat juga akan memahaminya," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Number Crunching: How a Mathematician Engage the Media.

Malah Dr. Queena berkata, saintis di negaranya lebih mesra dengan media.

Beliau banyak menulis mengenai kaitan matematik dengan beberapa bidang lain seperti muzik dan sukan supaya nampak menarik untuk dibaca.

Menyentuh mengenai media yang dikatakan sering silap dalam menyampaikan apa yang diterangkan oleh saintis, Dr. Queena berkata, wartawan mungkin tidak faham apa yang diterangkan oleh saintis.

"Dalam bahasa mudah, saintis yang tidak dapat menerangkan mengenai hasil kerjanya bermakna dia tidak faham kerjanya," katanya.

Dr. Queena juga menyarankan agar saintis tidak terlalu berahsia dengan media kerana masyarakat perlu tahu apa yang dilakukan oleh saintis dan hasil penyelidikan mereka.

Sementara itu seorang lagi pembentang kertas kerja bertajuk Communicating Agricultural Biotech: Experiences from ISAAA's Global Information Network, dari ISAAA Filipina, Dr. Mariechel Navarro menegaskan komunikasi dalam sains bukan saja penting untuk bidang bioteknologi bahkan sains keseluruhannya.

"Biasanya wartawan tidak mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai sains serta tidak terdedah kepada bidang sains.

"Tetapi masyarakat amat mengharapkan media sebagai sumber untuk mengetahui mengenai perkembangan sains," katanya.

Bagaimanapun kata Dr. Mariechel, wartawan yang biasa menulis dalam bidang sains mudah dikenali dan dapat menjalin hubungan yang baik dengan mereka.

Bekas Setiausaha Bahagian Bioteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Profesor Rofina Yasmin Othman pula menerangkan mengenai apa itu bioteknologi dengan tajuk 'All you need to know about agricultural biotechnology'.

Beliau banyak memberikan penerangan mengenai maksud, sejarah dan contoh-contoh proses bioteknologi dari awal.

"Wartawan yang menulis mengenai sains terutamanya bioteknologi perlu mempunyai pemahaman yang mendalam dalam bidang ini," katanya.

Misalnya penulisan mengenai produk GMO mencetuskan kontroversi di seluruh dunia tetapi sebenarnya produk kacang soya paling banyak GMO.

Bagaimanapun penulis mendapati wartawan sains yang menulis dalam arus perdana Bahasa Melayu mempunyai lebih banyak masalah berbanding media Bahasa Inggeris kerana kekangan bahasa serta terminologi yang digunakan oleh saintis.

Ini kerana makna bahasa yang digunakan oleh ahli fizik, biologi dan kimia adalah berbeza walaupun perkataannya sama.

Contoh yang mudah, ambil saja perkataan 'sel' yang membawa makna berbeza bagi ketiga-tiga bidang dalam sains.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.