saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 17/12/2012

Penyelidikan UPM

Dr. Latifah Saiful Yazan bersama produk DS Factor, teh herba antikanser yang dipercayai mampu membantu merawat penyakit kanser.

Sebagai salah sebuah universiti penyelidikan (RU) di negara ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak pernah berhenti daripada terus menghasilkan pelbagai kajian yang boleh dimanfaatkan oleh orng ramai.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, universiti terbabit meneruskan tradisi membentangkan hasil penyelidikan saintis UPM menerusi majlis khas yang jarang diadakan oleh universiti tempatan (IPTS ) atau swasta.

Antara penyelidikan-penyelidikan tersebut yang berjaya membuka mata masyarakat dan berpotensi untuk dikomersialkan untuk kegunaan orang ramai disertakan di bawah ini.

1. Sistem mudahkan penjaga Alzheimer

Satu lagi penyelidikan yang berjaya dijalankan oleh UPM ialah sistem pengesan spatial pesakit Alzheimer dalam kalangan warga tua yang pertama di negara ini.

Alzheimer ialah penyakit nyanyuk yang majoritinya dialami oleh mereka berusia 60 tahun dan ke atas.

Penyakit berkenaan akan menyebabkan pesakit kehilangan progresif sel saraf otak yang penting untuk pemikiran normal, daya ingatan serta fungsi otak.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Institusi Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM), kira-kira 300,000 rakyat di negara ini menghidap penyakit demensia dan 150,000 daripadanya adalah penghidap Alzheimer.

Kejayaan sekumpulan penyelidik UPM menghasilkan ciptaan Sistem Lokasi semasa Alzheimer tersebut diyakini mampu membantu mengesan pesakit berkenaan di peringkat awal selain meringankan beban mereka yang menjaganya.

Menurut ketua penyelidik Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, sistem itu berfungsi dengan menjejaki secara wayarles sekali gus memantau rapat pesakit Alzheimer dari radius 100 hingga 200 meter.

Selain itu, sistem berkenaan juga menyediakan penggera bunyi yang akan berbunyi sekiranya pesakit berada di luar radius yang ditetapkan.

"Sistem ini menggunakan alat penjejak yang dikenali sebagai tags yang boleh dibawa oleh setiap pesakit tanpa mengganggu aktiviti harian mereka dan mereka dikesan melalui frekuensi radio yang rendah iaitu 5.8 giga herz (GHz) dengan memasang alat pengesan di sesuatu kawasan.

"Pemantauan dari jauh ke atas pesakit oleh penjaga mereka juga boleh dilakukan melalui paparan sistem yang disediakan. Dengan ini, penjaga mendapat gambaran keseluruhan pergerakan spatial pesakit di dalam paparan peta pelan lantai pusat jagaan harian dalam bentuk dua dimensi (2D)," katanya.

Selain beliau turut bersama dalam penyelidikan tersebut ialah Profesor. Dr. Ahmad Rodzi Mahmud, Dr. Zaiton Ahmad dan Mohd. Fadhil Abuhan.

Mengulas lanjut katanya, penghasilan sistem itu bertujuan bagi mengurangkan beban penjaga dalam memantau pesakit di pusat jagaan harian Alzheimer selain meningkatkan kualiti pesakit.

Sasaran penggunaan sistem ini adalah mereka yang berada di rumah orang tua kerajaan atau swasta, rumah jagaan Alzheimer, pusat jagaan harian Alzheimer serta penghidap penyakit itu sendiri.

"Kami telah melakukan kajian di sebuah pusat jagaan warga tua di Lembah Klang yang dipercayai mempunyai penghuni menghidap penyakit Alzheimer berusia 65 hingga 92 tahun.

"Sistem ini terbukti membantu dalam meringankan beban penjaga selain memberi keputusan akhir kepada para pengamal perubatan untuk mengesan seseorang yang menghidap Alzheimer itu," jelasnya.

Mengenai kesan sampingan yang kemungkinan bakal dihidapi oleh pesakit apabila menggunakan sistem ini, beliau menjelaskan bahawa penggunaan frekuensi radio yang rendah tidak membahayakan kerana masih mematuhi piawaian penjagaan kesihatan.

Sistem penggredan kelapa sawit yang dihasilkan oleh Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dan kumpulannya.

Katanya, sistem ini telah diberi kelulusan untuk digunakan ke atas manusia oleh jawatankuasa etika penyelidikan perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Apa yang membanggakan, Sistem Lokasi Semasa Alzheimer ini juga turut menerima pingat emas di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi Malaysia 2012.

2. DS Factor, teh herba antikanser

Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui sejenis herba dipercayai mampu merawat penyakit kanser.

Menurut ketua penyelidik tersebut, Prof. Madya Dr. Latifah Saiful Yazan, herba tersebut sering digunakan oleh pengamal perubatan alternatif untuk merawat pesakit kanser.

"Melalui kajian terhadap penggunaan rawatan tradisional, didapati bahawa produk ini (herba) telah digunakan sebagai amalan rawatan tradisional.

"Herba telah terbukti secara fizikalnya berkesan merawat beberapa pengidap penyakit kanser (lebih daripada 100 orang) sebelum dikaji secara saintifik," katanya.

DS Factor merupakan produk teh herba yang mempunyai sifat antikanser dan mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk herba makanan tambahan untuk menghidap kanser.

Dr. Latifah berkata, melalui kajian yang dibuat terhadap penggunaan rawatan tradisional, didapati bahan berkenaa berkesan merawat pesakit kanser lebih daripada 100 orang.

DS Factor kini telah berada di peringkat kajian terakhir dan bersedia untuk dikomersialkan.

Penyelidikan yang bermula dari tahun 2005 tersebut masih diteruskan sehingga kini dan sedang dalam perancangan untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia.

DS Factor juga telah dipatenkan dan kini dalam proses rundingan dengan beberapa pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya.

Kajian bagi produk DS Factor telah menerima geran penyelidikan daripada L'OREAL Malaysia dan UPM.

Malah Dr. Latifah juga pernah menerima anugerah The L'OREAL Malaysia for Women Sciene Fellowship 2006.

3. Sistem penggredan kelapa sawit

UPM juga memperkenalkan kaedah baharu dalam sistem penggredan kelapa sawit bagi menentukan cara terbaik memastikan sama ada buah sawit masa atau sebaliknya.

Menurut Ketua Penyelidik, Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, kaedah yang diguna pakai kini adalah dengan memeriksa buah kelapa sawit secara rawak.

Kaedah tersebut dijadikan sebagai penanda aras kepada keseluruhan stok yang dihantar kepada kilang.

"Kaedah tersebut pastinya tidak tepat secara keseluruhannya, namun pihak berwajib tiada pilihan berikutan tiada kaedah lain yang lebih sesuai.

"Kini, pihak UPM hadir dengan ciptaan terbaru kami pengesan dan pengasing buah kelapa sawit yang masak dan muda pada masa yang sama," ujarnya.

Ciptaan yang menggunakan mesin pengimbas yang direka khas tersebut mampu mengesan buah kelapa sawit yang benar-benar masak dan yang muda seterusnya kedua-duanya diasingkan.

Jelas Abdul Rashid, idea asal ciptaan mesin tersebut diperolehi daripada pelajarnya yang melakukan uji kaji mengesan buah - buahan yang masak menggunakan pengesan imej menerusi kamera CCD (charge couple device).

Sistem berkenaan menyerupai konsep mesin pengimbas bagasi yang digunakan di lapangan terbang.

Lebih dikenali sebagai Sistem Pengimbas Visual Automatik, teknologi tersebut dilihat amat bermanfaat kepada pihak industri terutamanya kilang pemprosesan agrikultur.

Sistem tersebut berfungsi bermula daripada kotak pemunggahan buah kelapa sawit di mana buah akan dilalukan di atas trek untuk melalui ruang pengimbas sebelum buah-buah tersebut diimbas menggunakan kamera CCD.

Kemudian data berbentuk imej yang diperolehi akan disalurkan kepada komputer menggunakan kabel khas sebelum ia diproses untuk menentukan kadar kematangan buah.

Semasa dalam proses tersebut, buah akan melalui ruang pengimbas khas dimana cahaya yang digunakan akan dikawal bagi mendapatkan kualiti imej yang lebih tepat.

Seterunya, data yang diperolehi akan menentukan sama ada masak mahupun separa masak atau muda seterusnya akan diasingkan mengikut kelas masing-masing.

Bagaimanapun sistem tersebut hanya sesuai dibina di dalam kawasan persekitaran yang tertutup iaitu di dalam bangunan.

4. Vitamin daripada mangga ranum

Kenya merupakan sebuah negara yang sedia maklum mempunyai bilangan penduduk yang begitu ramai dan tidak kurang juga yang mengalami masalah kesihatan.

Sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM bersama Vit-A-Go hasil penyelidikanke atas buah mangga ranum sebagai alternatif kepada vitamin A.

Jika diperhatikan, kanak-kanak di Kenya majoritinya kekurangan vitamin A kerana tidak mendapat sumber yang makanan yang berkhasiat.

Melihat kepada permasalahan tersebut, ia memberi inspirasi kepada sekumpulan siswazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menghasilkan produk kesihatan daripada buah yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di negara tersebut.

Oleh itu, sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM menghasilkan Vit-A-Go yang diperbuat daripada buah mangga ranum bagi memberi alternatif kepada kanak-kanak di Kenya dalam usaha memperoleh vitamin A yang mencukupi.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Mohd. Asraf Mohd. Zainudin, Tan Tai Boon, Kuan Chee Hao, Najla Gooda Sahib dan Lasekan Adeseye Opeyemi.

Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Sew Chang Chew, produk daripada isi buah mangga yang dikeringkan itu mampu membekalkan nutrien vitamin A pada golongan tersebut mengikut tahap keperluan badan masing-masing.

"Ia merupakan satu lagi alternatif terbaik bagi kanak-kanak Kenya untuk mendapatkan sumber vitamin A, selain mengambil pil tambahan.

"Produk itu juga dapat mengurangkan masalah pembaziran buah mangga yang berlaku di Kenya," katanya.

Jelas Chang Chew lagi, kandungan vitamin A di dalam buah mangga itu dipelihara melalui pemprosesan serta keadaan penyimpanan yang betul selain dari pemantauan yang berterusan.

Katanya, ramuan utama yang digunakan adalah mangga ranum atau terlalu masak dan ia akan diasingkan mengikut tahap kematangan.

Buah tersebut kemudian akan dikisar menjadi puri sebelum beberapa ramuan lain dicampurkan dan dikeringkan.

Jelas beliau, produk itu dihasilkan berdasarkan beberapa faktor iaitu kos pengeluaran murah, teknologi yang sedia ada, tempoh pemprosesan singkat iaitu selama dua jam serta kaya dengan vitamin A.

"Produk ini merupakan hasil penyelidikan selama tujuh bulan dan kami yakin ia mampu diaplikasikan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini.

"Selain itu, produk kesihtan ini juga boleh disimpan pada suhu bilik dan mampu bertahan sehingga enam hingga sembilan bulan.

"Produk Vit-A-Go juga telah meraih pingat emas dalam Pertandingan Developing Solutions for Developing Countries anjuran Persatuan Pelajar Institut Teknologi Makanan (IFTSA) di Las Vegas, Amerika Syarikat bulan lalu," katanya.

Bagaimanapun, Vit-A-Go masih belum sedia untuk dikomersialkan kerana formulasinya masih perlu dioptimumkan selain penyelidikan berterusan perlu dilakukan bagi memberi hasil yang lebih baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.