saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 15/04/2013

Mesin pelbagai guna

MINGGU lepas Zull Design Autotronic (ZDA) telah menampilkan mesin untuk memudahkan pengguna dalam menghiris asam keping. Bagi siri Inovasi kali ini pula menampilkan mesin Mepek 3 Dalam 1.

Mesin tersebut sesuai digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih seperti semperit, tart gulung, penghancur keledek, penghancur kentang.

Mesin berkenaan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan kuih cucur badak, onde-onde dan maruku berfungsi dalam satu mesin yang sama dan pengguna hanya perlu menukarkan acuan mengikut kesesuaian yang pengguna inginkan.

Beroperasi secara semiautomatik, mesin mempunyai kuasa 220-240 VAC, dan mempunyai saiz mesin 1220 milimeter (mm) x 610 mm x 1800 mm dan dilengkapi dengan satu tabung pengisian yang boleh mengisi sebanyak dua kilogram seminit.

Selain itu, mesin turut dibekalkan dengan beberapa biji acuan mengikut bentuk yang diminta oleh pelanggan dan set kompresor.

Mesin ini dihasilkan atas permintaan pelanggan. Oleh itu, perubahan pada spesifikasi mesin atau ciri-ciri mesin tersebut tertakluk kepada permintaan pelanggan.

Seperti diketahui umum, proses membuat cucur badak dan onde-onde memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi.

Bagi pengusaha yang mempunyai permintaan yang tinggi mesin ini diharap boleh membantu para pengusaha untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Mendengar keluhan dan masalah pengusaha yang agak sukar untuk menghasilkan sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak, ZDA tampil untuk cuba membantu mereka dalam menghasilkan produk tersebut.

Oleh itu, bagi membantu pengusaha, ZDA telah menghasilkan sebuah mesin untuk membantu pengusaha dengan bajet yang mampu dikeluarkan.

Mesin direka mengikut rekaan yang diinginkan pelanggan dan ia boleh diubah mengikut kemahuan dan keperluan setiap penggunanya.

Untuk menghasilkan sesuatu mesin, pihak ZDA biasanya mengambil masa sebulan ke 45 hari dan juga bergantung kepada kesediaan bahan.

Kebiasaannya bagi mereka bentuk sesuatu mesin, perbincangan perlu dilakukan di antara ZDA dan pelanggan itu sendiri. Sememangnya ZDA sedaya upaya memastikan keperluan dan keinginan pelanggan dipenuhi.

Walau bagaimanapun, tidak semua spesifikasi yang diinginkan pelanggan boleh dipenuhi kerana secara teknikalnya pelanggan kurang memahami pergerakan mesin dan konsep yang diketengahkan.

Oleh itu, ZDA berperanan dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar dan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya masalah kepada mesin tersebut kelak.

Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri. Hal ini diharap dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.