saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 26/08/2012

Gembleng tenaga demi bahasa

PENGGUNAAN bahasa rojak menjadi antara masalah utama permartabatan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KITA kerap kali mendengar suara-suara lantang yang singgah yang mengungkapkan kekecewaan tentang bahasa Melayu yang kian keruh, tercemar malah dinodai dalam pelbagai perlakuannya. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang menjadi teras perjuangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-56 seolah-olah tidak diendahkan serta tidak diambil cakna oleh masyarakat.

Penodaan serta kedegilan mereka yang menggunakannya seolah dirasakan bahawa ia bukan lagi satu kesalahan yang serius. Bahasa ibunda sendiri akhirnya terpinggir dan menjadi asing di bumi sendiri.

Ada yang mencebik bibir seolah-olah ia tiada standard dan ketinggalan jika hanya bertutur dalam bahasa Melayu terutama sekali dalam majlis-majlis mega dan penuh gah. Penularan yang diibaratkan sebagai fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja termasuk di jabatan kerajaan, swasta, pusat pengajian tinggi, sekolah, media cetak, pusat penyiaran dan pengiklanan. Ia boleh diibaratkan sebagai barah yang kian merebak ke seluruh tubuh dalam menantikan saat meragut nyawa.

Keadaan ini bukan hanya baru bermula malah telah lama menjadi kegusaran para pejuang bahasa yang seangkatan dengan ASAS 50 lagi. Kebimbangan dan kegusaran ini pernah dilontarkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang melalui puisi Keranda 152 yang jelas merimaskan para pejuang bahasa tentang hakikat sebenarnya iaitu orang Melayu sendiri yang sudah semakin tidak menghormati bahasa Melayunya.

Bezanya bahangnya sudah semakin panas dan kuat melanda tembok jatidiri anak bangsa hari ini apabila bahasa Melayu yang pada suatu ketika dahulu dianggap berperanan sebagai bahasa tamadun serta bahasa ilmu kini dipandang sepi dan terpinggir di bumi sendiri.

Sanggupkah kita melihat bahasa Melayu kita menjadi pupus dan tidak dipertuturkan lagi oleh generasi akan datang? Ini satu persoalan yang seharusnya menjadi pegangan orang Melayu sendiri.

Penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa, bahasa Melayu secara tidak langsung menjadi mangsa. Apa yang jelas, bahasa rojak telah lama menular dalam masyarakat kita dengan pelbagai kaedah penggunaannya. Ejaan serta struktur ayat dan perkataan yang tidak tepat amat membimbangkan. Ada antaranya melalui papan-papan iklan, media cetak mahupun elektronik dan ada kalanya para penyampai radio dan televisyen juga tidak terkecuali dari menyumbangkan perkara ini.

Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang begitu popular pada hari ini memberikan lebih cabaran baru terhadap pemuliharaan bahasa ibunda yang kita cintai ini. Segalanya menjadi ringkas dengan menggunakan istilah-istilah dan ejaan yang kucar kacir malah seolah-olah ini kod-kod tertentu yang hanya difahami penggunanya. Malang sekali, penularan kebangkitan bahasa-bahasa 'rojak' ini menjadi semakin ketara dengan perkembangan teknologi hari ini.

Namun ini bukan bererti tiada usaha oleh pihak-pihak yang berwajib dalam menangani perkara seumpama ini, malah telahpun diusahakan dengan penuh tanggungjawab. Namun amalan masyarakat harian dengan persepsi mereka sendiri telah dengan sendiri melenyapkan usaha yang sebegitu serius oleh para pejuang bahasa itu sendiri.

DBP yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Dr. Awang Sariyan disokong oleh pelbagai pihak khususnya persatuan-persatuan bahasa dan persuratan dari seluruh negara sedikit sebanyak telah mengimbangi situasi ini. Namun arus yang mereka tentangi agak keras dan 'degil' bila tiba pada saat melaksanakannya.

Pelbagai akta telah digubal untuk menangani perkara ini namun tetap dipandang sepi. Baru-baru ini telah ada penekanan oleh DBP serta badan-badan penulis seluruh negara dalam mengenakan tindakan yang agak keras terhadap mereka yang tidak akur dalam perkara ini.

Pengauditan bahasa terhadap jabatan-jabatan serta sektor swasta juga merupakan suatu berita gembira dalam merealisasikan hasrat ini. Namun usaha akan hanya tinggal usaha sekiranya penguatkuasaannya tidak dimartabatkan segera. Keberkesanan menjadi luntur andainya tiada ketegasan ketika mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Mungkin atas persepsi yang menganggap bahasa kedua negara (Bahasa Inggeris) perlu digunakan seiringan kerana ia merupakan satu alat komunikasi masa kini dalam bersaing untuk mendapatkan kemajuan daripada dunia luar. Atau mungkin ada juga yang menganggap bahawa Bahasa Inggeris melambangkan kemajuan serta lebih bersifat antarabangsa pada zaman ini.

Alasan sebegitu sebenarnya remeh malah kita perlulah menyoal diri sendiri antara mahu atau tidak untuk kita melakukannya. Di Indonesia, Jepun, Rusia, Thailand contohnya serta beberapa negara di dunia ini amat mendaulatkan bahasa ibunda mereka sendiri biarpun menimbulkan masalah dalam berkomunikasi dengan dunia luar. Segalanya hasil kerjasama serta keprihatinan anak bangsa mereka sendiri dalam mendaulatkan bahasa ibudan mereka.

Justeru itu, sudah sampai saatnya untuk kita semua sama-sama menggembeling tenaga, usaha dengan memasang hasrat untuk memelihara serta mendaulatkan kembali bahasa kita. Kita punyai ramai cendekiawan, Sasterawan Negara, penggiat sastera dan bahasa, ahli-ahli akademik bahasa yang berwibawa serta pakar undang-undang yang tiada tolok bandingnya. Kerahkan kudrat serta semangat untuk berjuang bersama demi mendaulatkan kembali bahasa ibunda kerana amat malang sekali jika bahasa yang kita agung-agungkan dibiarkan dinodai di hadapan halaman sendiri oleh anak bangsa sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.