saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 18/11/2012

Memperkasakan tokoh Rao

RAUB, Pahang merupakan sebuah daerah yang unik dan istimewa kerana majoriti warga penduduknya berketurunan Rao (Rawa) yang memiliki budaya dan sejarah besar dan tersendiri berbanding daerah lain di negeri Pahang. Zaffuan Haji Manap dalam bukunya Bingkisan Sejarah Raub: Rao dan Pagaruyung Pertaliannya Dengan Raub dan Pahang terbitan Anjung Media Resources (2009) mencatatkan dengan terperinci sejarah kedatangan orang Rao dari Sumatera Barat dan kaitannya dengan perkembangan daerah Raub dan Dong yang terletak di Hulu Pahang.

Sebanyak 17 buah kampung di dalam ADUN Dong ialah Kampung Temau, Kampung Ajai, Kampung Pia, Kampung Durian Sebatang, Kampung Dong, Kampung Lecar, Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas, Kampung Peruas,Kampung Sungai Pasu, Kampung Gali Hilir, Kampung Tok Macang, Kampung Hulu Gali, Kampung Hulu Jelu, Kampung Sungai Ruan, Kampung Sungai Klau dan Kampung Kuala Keloi.

Tujuh belas buah kampung yang tersebut tadi adalah majoriti warganya adalah kaum Rao yang mempunyai sejarah panjang dan besar dalam tamadun negeri Pahang termasuk memberi sumbangan tersendiri kepada pembangunan negara. Di samping itu kampung lain di Raub, Pahang juga ramai didiami oleh kaum Rao .

Kaum Rao memiliki sejarah hebat misalnya tentang kisah Panglima Tok Perak (digelar juga Tok Prak) yang merupakan nenek moyang penduduk Dong dan sebahagian besar daerah Raub yang membuka daerah ini pada abad ke-17 yang zuriat keturunannya berterusan sehingga sekarang.

Kehebatan kaum Rao abad ke-17 diteruskan kegemilangannya hingga sekarang menerusi kemunculan pelbagai tokoh masyarakat dalam bidang sosioekonomi dan politik yang telah berjasa atau sedang menabur jasa di negeri Pahang khasnya atau di Malaysia amnya mengikut keupayaan masing-masing.

Daerah Raub yang bukan sahaja terkenal dengan kisah lombong emasnya yang masih beroperasi di Kampung Bukit Koyan, Raub yang digerakkan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn.Bhd. tetapi juga terkenal dengan kisah masyarakat Raonya.

Tokoh-tokoh etnik Rao berjasa besar dalam membangunkan daerah ini dalam bidang sosioekonomi, politik dan pendidikan hingga menjadikan daerah Raub subur dengan penampilan tokoh-tokoh negara yang berjasa besar dalam pelbagai bidang kehidupan sama ada dahulu dan sekarang tetapi jarang diperkatakan dengan wajar dalam sesuatu seminar intelektual.

Sehubungan dengan itu Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan ldris, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan Biro Pendidikan Persatuan Jalinan Rao(Rawa) Malaysia (JARO) secara usaha sama menganjurkan Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Rao Dari Raub, Pahang pada 25 November ini di Dewan Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gali, Raub, Pahang.

Seminar ini juga diadakan di bawah Siri Syarahan Pak Sako anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah membantu menggerakkan kegiatan sastera dan budaya meliputi Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Rao Dari Raub, Pahang ini akan menampilkan pembentangan sebelas kertas kerja daripada para penulis, sarjana, budayawan dan sejarawan termasuk yang berketurunan Rao.

Sebelas kertas kerja yang akan dibentangkan itu termasuklah Keadaan Sosioekonomi, Pendidikan dan Agama Kaum Rao di Daerah Raub, Pahang Darul Makmur (Nisbar bin Mohamed Nasib, JARO), Biografi Tun Ghazali Shafie dan Sumbangannya Kepada Negara Malaysia (Prof. Madya Dr.Talib Samat, UPSI), Penghijrahan dan Hubungan Orang Rao Perak ke Pahang (Zabidin lsmail, JARO), Hubungan Sosiobudaya Orang Rao Pahang dan Negeri Sembilan (Prof.Madya Dr.Mohd.Rosli Saludin, UPSI), Kupasan Buku Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa yang Terkenal di Malaysia Karya Talib Samat" (Muhd.Nazri Zainuddin, UPSI), Kupasan Buku Biografi Tokoh-tokoh Rao Karya Zabidin lsmail (Dr.Hj.Abdul Ghani Abu, UPSI), Kupasan dan Ulasan Buku Bingkisan Sejarab Raub: Rao dan Pagaruyung Pertaliannya Dengan Raub dan Pahang Karya Zaffuan Haji Manap (Muhd.Fazil Ajak,UPSI), Lagu-lagu Dikir Pahlawan Mat Kilau (Datuk Aripin Said), Raja Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di Raub Abad ke-17 (Subari Ahmad Jaafar Ar-Rawi), Kesenian dan Masakan Orang Rao ( Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi) dan Pelbagai Kisah Kepahlawanan Mat Kilau (Prof.Madya Dr.Azhar Wahid, UPSI).

Majlis ilmu ini akan diserikan lagi dengan pelancaran dua buah buku tentang masyarakat Rao iaitu Biografi Tokoh Rao : Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia karya Zabidin lsmail terbitan Persatuan Karyawan

Perak dan buku Sejarah Kedatangan dan Biografi Terkenal di Malaysia karya Talib Samat Samat terbitan Penerbit Mentari (2012).

Salah satu tarian Rao yang unik dan istimewa iaitu tarian Berjojak akan dipersembahkan oleh satu kumpulan yang dibawa ke majlis itu dari lpoh,Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak untuk membolehkan para peserta seminar melihat sendiri persembahan budaya tersebut yang jarang-jarang dapat disaksikan di negara ini.

Majlis ilmu ini terbuka kepada masyarakat umum.Keterangan lanjut tentang majlis ini bolehlah menghubungi (Talib Samat ) selaku urusetia di talian 012-2269740 atau Zabidin lsmail di talian 012-5070513.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.