saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 09/12/2012

Pemikiran sains dalam sastera

Pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Utusan Musim ke 2 (dari kiri) Amer Hmzah L. Kadir, Noor Aziza Sulaiman, Sri Rahayu Mohd. Yusop, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Jali Hj. Kenoi dan Katthirina Tati selepas majlis penyampaian hadiah di PWTC Khamis lalu.

DALAM usaha untuk melahirkan modal insan kreatif yang berorientasikan pemikiran sains dan teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan meneruskan menganjurkan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan untuk musim kedua.

Sayembara ini menjadi pemangkin untuk menerapkan elemen dan pemikiran yang berteraskan sains dan teknologi dalam karya kesusasteraan seperti genre novel. Sebelum ini karya sastera seperti meminggirkan kewujudan sains dan teknologi.

Dengan adanya sayembara ini karya sastera diberi nilai tambah iaitu elemen sains dan teknologi selain pemikiran dan pelestarian budaya dan bahasa yang menjadi asas kepada karya kesusasteraan. Ini juga boleh menarik penglibatan mereka dalam bidang sains dan teknologi untuk menyumbangkan karya dalam kesusasteraan di negara ini.

Di luar negara pengamal undang-undang seperti John Grisham telah muncul sebagai novelis yang menyingkap dunia undang-undang yang popular. Grisham memanfaatkan kemahiran beliau dalam undang-undang dan kemampuan menyampaikan pemikiran dalam karya kreatif.

Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Khamis lalu yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof itu panel juri memutuskan tidak ada pemenang untuk tempat pertama.

Tempat kedua dimenangi oleh Sri Rahayu Mohd Yusop menerusi novelnya yang berjudul Equilibria. Sri Rahayu seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Selangor sebelum ini merupakan pemenang tempat pertama kategori novel Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) selama enam tahun berturut-turut.

Kemenangan itu melayakkan beliau yang meraih hadiah wang tunai RM7,000, trofi dan watikah.

Menurut Rahayu, beliau mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan novel yang berkisar tentang mengenai kesan teknologi terhadap alam sekitar itu di mana 10 bulan untuk kajian dan dua bulan lagi untuk menulis karya.

"Ini merupakan percubaan pertama dalam menghasilkan karya genre fiksyen sains dan saya benar-benar tidak menyangka ia dipilih sebagai pemenang dalam sayembara kali ini.

"Sebelum ini saya pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tetapi kali ini amat mencabar bagi saya kerana saya tiada asas dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Dr. Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh atau nama penanya Amir Husaini menerusi novel Detik.

Beliau tergerak untuk menghasilkan karya fiksyen sains itu berikutan kekurangan genre sedemikian di negara ini.

"Saya merupakan penggemar buku-buku fiksyen sains sejak di bangku sekolah dan idea untuk menulis buku genre itu banyak didorong oleh kurangnya karya-karya sedemikian dalam bahasa Melayu.

"Ini merupakan kali kedua saya menulis novel genre sains fiksyen dan saya berharap untuk menghasilkan lebih banyak lagi pada masa hadapan," katanya yang merupakan Pakar Perunding di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Antara pemenang hadiah penghargaan adalah Jali Kenoi (Bekamorfosis), Nor Aziza Sulaiman atau nama penanya Dayang Noor (Di Sebalik Dinara) dan Amer Hmzah L.Kadir (ID) yang membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan watikah.

Sayembara musim ini turut memberi ruang kepada Faridah Abdul Hamid menerusi karyanya Timpani untuk memenangi Hadiah Galakan.

Sebagai KomsasDalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan untuk menjadikan karya fiksyen sains sebagai buku teks bagi pelbagai program termasuk Komponen Sastera dalam subjek bahasa Melayu di setiap sekolah di negara ini.

Dr. Khair berkata dalam ucapannya berkata, penekanan kepada bidang sains dan teknologi diyakini akan memperkayakan lagi bahan bacaan pelajar bagi melahirkan generasi masa depan yang kreatif dan inovatif.

Ini kerana konsep langit terbuka membolehkan generasi muda mendapat tahu perkembangan dunia dengan pantas. Sehubungan itu, bahan bacaan di sekolah juga perlu dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pelajar yang kian berubah.

"Jika di negara maju genre fiksyen sains amat popular dan banyak mewarnai pemikiran dunia serta menjadi inspirasi kepada penciptaan teknologi baru yang memberi manfaat kepada manusia.

"Sebagai contoh filem Avatar karya James Cameron yang bukan sahaja menunjukkan kecanggihan teknologi tetapi juga membawa mesej penting iaitu sayangkan alam sekitar," katanya.

Kumpulan Utusan melalui anak syarikatnya, Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam sesi pemilihan pemenang, penjurian karya, mengendalikan bengkel-bengkel sastera serta menerbitkan buku-buku karya pemenang.

Sayembara ini telah berjaya melahirkan penulis-penulis muda bagi menghasilkan satu karya yang lebih kreatif dan di luar imaginasi manusia tanpa mengenepikan nilai-nilai sastera dan budaya tempatan.

Sayembara ini diadili oleh Prof. Madya Hashim Ismail, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan Dr. Mohamad Saleeh Rahamad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.