saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 02/03/2013

Setiap bulan 'mengemis' gaji sendiri

ABDUL Ghafar Bahari merupakan antara pelukis komik yang popular sekitar tahun 1980-an.

MESKIPUN sering dihujani surat peminat yang memuji dan mengagumi karya-karya yang dihasilkan, perjalanan hidup sebagai seorang pelukis komik tidak lekang daripada pancaroba.

Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan kebanyakan kartunis tempatan yang mencari rezeki di bawah syarikat-syarikat penerbitan sekitar tahun 1980-an melalui nasib yang hampir sama.

Selain menerima bayaran rendah, perjuangan melalui karya hitam putih mereka kadang-kala dirasakan seperti melukut di tepi gantang ekoran layanan syarikat penerbitan yang lebih mengutamakan keuntungan.

Pelukis komik tempatan, Abdul Ghafar Bahari, 56, atau lebih dikenali dengan nama Gopa merupakan antara kartunis yang mengakui terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan bayaran daripada karya-karya yang disumbangkan.

"Hampir setiap bulan kami golongan pelukis terpaksa mengetuk pintu pejabat penerbit semata-mata untuk menuntut bayaran daripada hasil kerja kami.

"Walaupun bayaran yang dijanjikan hanya RM150 untuk sebuah komik, penerbit biasanya menjelaskan bayaran secara ansuran. Dua atau tiga kali sebulan," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Beliau berkata, layanan seperti itu menyebabkan beliau dan rakan-rakan kartunis menjadi tawar hati sehingga ramai yang berhenti menyumbang karya.

"Walaupun tidak lumayan, bayaran yang dijanjikan itu cukup untuk belanja dapur.

"Melukis komik bukan kerja mudah. Untuk siapkan komik 20 muka surat memakan masa dua atau tiga minggu," katanya.

Bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka itu berkata, bagi memenuhi kehendak penerbit yang mahukan karya-karya berkualiti setiap bulan, beliau terpaksa meluangkan masa setiap hari melukis.

"Saya masih ingat zaman bas mini di Kuala Lumpur, setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja, saya akan melukis di dalam bas untuk menyiapkan komik," katanya.

Abdul Ghafar berkata, perjuangan pelukis-pelukis komik sekitar tahun 1980-an sebenarnya banyak didorong oleh minat yang mendalam terhadap seni tersebut dan bukannya untuk mengejar duit.

"Kebanyakan mereka yang bertahan lama adalah mereka yang benar-benar berkarya untuk kepuasan diri. Pada zaman saya, industri komik tidak menjanjikan apa-apa kepada pelukis," katanya.

Abdul Ghafar merupakan salah seorang daripada pelukis yang popular antara tahun 1980-an hingga 1990-an.

Antara karya beliau termasuk Kalong Pendita, Puteri Kayangan, Angsa emas, Puteri Bunian, Kopral Mat Desa, Ratu Api dan Puteri Kayangan.

Beliau yang sudah lama bersara daripada dunia komik kini menumpukan perhatian kepada lukisan air, akrilik dan minyak.

"Selain menyiapkan tempahan, saya juga melukis untuk pertandingan-pertandingan lukisan di peringkat antarabangsa.

"Pencapaian terbaik saya setakat ini adalah pengiktirafan sebagai salah seorang daripada 200 pelukis cat air terbaik di dunia oleh Persatuan Cat Air Antarabangsa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.