saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 29/09/2013

Kongres Penyair Sedunia di Ipoh

BANDAR RAYA Ipoh, Perak telah dipilih sebagai lokasi Kongres Penyair Sedunia (WCP) kali ke-33. Kongres ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Akademi Seni dan Budaya Dunia (WAAC).

Kongres yang bertemakan Satu Dunia Menerusi Puisi ini akan dirasmikan pada 21 Oktober pukul 8.30 malam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zamry Abd. Kadir.

Penyelaras WCP, Malim Ghozali PK berkata, objektif kongres ini adalah untuk mewujudkan pertembungan serta pertukaran antara para penyair dan penulis tempatan dan penyair-penyair dari luar negara.

Tambahnya lagi, kongres ini diadakan antara lain untuk memberi liputan meluas terhadap negeri Perak dari sudut sejarahnya yang gemilang, sumber asli yang kaya dan kedudukannya sebagai pusat pembelajaran di mana terdapat beberapa buah sekolah perdana tradisi.

"Kongres ini juga secara tidak langsungnya adalah sebahagian daripada produk mempromosikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa pertuturan utama di Tenggara Asia.

"Kita sendiri akui bahawa bahasa Melayu ini cukup mudah dikuasai oleh orang Taiwan, Korea, Jepun dan penduduk negara-negara Pasific seperti Australia, New Zealand dan Caledonia.

"Selain itu, kongres ini juga untuk mengangkat Perak amnya dan Ipoh khasnya sebagai destinasi pelancongan yang menarik di pertengahan perjalanan sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan," jelasnya.

Tambah Malim lagi, kongres seumpama ini juga mampu untuk meningkatkan kesedaran bagi penubuhan Hall of Celebrities di Ipoh yang akan memperagakan warga negeri Perak yang terkenal dalam bidang sukan dan seni.

"Selebriti tersebut terdiri daripada Lat, Tan Yee Khan, Ng Boon Bee, Asir Victor, Yusuf Bakar, Syed Ahmad Jamal, K. Rajamani, Mano, penulis dan Soprano Eddy Chin dan lain-lain," katanya.

Di samping itu, pelbagai aturcara telah disediakan oleh penganjur antaranya deklamasi puisi, persembahan budaya, berbalas pantun dan lawatan ke lokasi-lokasi bersejarah di Perak.

Lokasi yang akan dilawati adalah Kuala Kangsar, Lenggong, Batu Gajah, Gua Tempurung dan Gua Kandu.

Setakat ini 28 buah negara sudah mengesahkan penyertaan, melibatkan lebih kurang 200 orang penyair termasuk peserta tempatan. Kongres ini merupakan perhimpunan penyair antarabangsa terbesar pernah diadakan di negara ini.

Antara negara yang turut serta adalah Brunei, India, Indonesia, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan, Argentina, Sepanyol, Mexico, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Antara penyair-penyair yang akan menyertai perhimpunan ini adalah Anuar Putra Bayu, Isbedy Stiawan dan Satri Bakry dari Indonesia, Thea Marie Robert dan George Chapouthier dari Perancis dan Juraj Kurniak dari India.

Selain acara baca puisi, Malam Pantun juga akan diadakan di mana peserta-peserta dari luar negara akan turut mempersembahkan bakat mereka dalam berpantun.

Bagi memeriahkan kongres ini, satu peraduan menulis puisi turut diadakan. Peraduan ini bermula hari ini dan berakhir pada 14 Oktober depan.

Pemenang akan mendapat tajaan untuk menyertai Kongres Penyair Sedunia di Peru pada tahun hadapan. Nama-nama pemenang akan diumumkan pada 25 Oktober nanti di Pulau Pangkor, Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang Yayasan Kampung Karyawan Malim.

Sempena kongres ini juga sebuah antologi dalam bahasa Inggeris akan diterbitkan yang mana akan memuatkan puisi para peserta. WCP telah melantik George Chapouthier dan Malim sendiri sebagai editor bersama bagi mengendalikan antologi ini.

Bagi penyair-penyair tempatan yang ingin turut serta dalam Kongres Penyair Sedunia ke-33 ini bayaran hanya AS$100 (RM321). Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Malim Ghozali PK (013-5111043, [email protected]) dan Anuar Mat Zain (019-5236899 [email protected]) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.