saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 01/06/2014

Sandera sebuah fiksi sejarah

AHLI panel Bicara Karya: Sandera terdiri daripada (dari kiri) Abdullah Ya, Siti Aisah Murad (moderator), Zaleha Ahmat dan pengarah teater Sandera, A. Wahab Hamzah.

SEBUAH karya sastera yang hebat haruslah mampu melangkaui sempadan zaman.

Gagasan idea dalam karya sedemikian walaupun dihasilkan pada zaman lampau, masih mampu menampilkan sisi yang relevan dengan kehidupan masa kini.

Cerita, tema dan watak yang muncul dalam karya-karya masa lalu bukanlah daripada angan-angan penulis semata-mata atau rakaman peristiwa daripada dunia persekitaran.

Begitulah yang berlaku kepada novel terkenal, Sandera karya Sasterawan Negara Arena Wati. Novel yang pernah diangkat sebagai teks bagi pelajar aliran sastera sebelum ini merupakan sebuah naskhah yang cukup dalam pengertiannya.

Novel ini menceritakan kisah kebangkitan rakyat di Nusantara menentang penjajahan dari pihak luar. Kandungan novel ini juga mengandungi panduan dan nasihat kepada mereka yang hidup selepas merdeka agar menghargai dan memahami kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Novel ini juga pernah memenangi Hadiah Utama Sayembara 10 Tahun Merdeka (1968) di tempat ketiga dalam satu peraduan luar biasa yang mana tiada pemenang pertama dan kedua.

Sandera yang muncul sebagai sebuah genre fiksi sejarah pastilah akan mengisi hampir seluruh ceritanya dengan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dalam lingkungan tokoh-tokohnya.

Pada bab awal Sandera, pembaca telah dibawa melawat watak utama, Busad yang berada di sebuah penjara di Karebosi, Makassar sebelum dibawa ke penjara Tanah Merah, Indonesia.

Dalam bab awal ini juga telah disebut beberapa nama tempat di Makassar secara arif oleh penulisnya. Perkara ini bukanlah sesuatu yang ganjil kepada si penulis kerana Arena Wati sendiri sudah pastilah mengenali daerah-daerah di tanah kelahiran beliau sendiri.

Begitu juga beberapa daerah di Singapura dan Terengganu yang disebut-sebut dalam karya hebat ini, kerana difahamkan Arena Wati juga pernah menetap di Terengganu sebelum ini.

Apa yang lebih menarik untuk dikaji dalam karya hebat ini adalah tentang kebenaran fakta atau fiksi adalah dua watak utama iaitu Busad dan Sapiah.

Busad seperti yang difahamkan melalui novel ini merupakan anak Makassar yang mempunyai bapa , Ibrahin yang asalnya di Terengganu.

Secara kebetulan ataupun tidak, pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahin Yaakob yang dilahirkan di Pahang dikatakan berketurunan Bugis dan mempunyai susur galur dari Sulawesi Selatan.

Adakah watak Busad di dalam novel ini mendapat inspirasi daripada Ibrahim Yaakob sendiri sebagai seorang pemimpin Kesatuan Melayu Muda?

Ketika majlis Bicara Karya: Sandera yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini, salah seorang panel, Zaleha Ahmat cuba merungkai persoalan tersebut.

Jelasnya, pada dua pertiga cerita novel ini, apabila kisah Jepun yang menyerah kalah dan kegagalan Parti Melayu Merdeka meneruskan aktiviti politiknya, Busad kembali ke Jakarta dan setelah mendapat kewarganegaraan Indonesia dia telah diangkat sebagai Duta Indonesia di Bangkok.

"Dalam sejarah, Ibrahim Yaakob juga berhijrah ke Jakarta dan memegang jawatan yang agak baik. Malah Busad yang menukar nama kembali kepada nama asalnya, Abdul Samad Ibrahim, Ibrahim Yaakob juga begitu apabila dia juga menukar nama sebagai Iskandar Kamel," jelasnya.

Bukan itu sahaja, tokoh paling dihubung kait dengan nama besar yang benar-benar hidup dalam sejarah perjuangan zaman tersebut adalah Sapiah yang dirujuk sebagai salinan watak Shamsiah Fakeh, wanita pejuang Parti Komunis Malaya.

Pengertian susastera sebagai sebuah karya yang indah, dapat dijadikan panduan-panduan dalam kehidupan.

Tidak mustahil sebuah karya fiksi sejarah seperti Sandera ini boleh dianggap sebagai kitab ahli nujum dalam meramal peristiwa masa depan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dunia politik novel Sandera seolah-olah membuka mata para pembaca tentang situasia politik ketika ini.

Ternyata, budaya tukar parti, meninggalkan prinsip perjuangan bukanlah satu perkara yang ajaib seperti sering kita lihat berlaku dalam pergelutan politik semasa Malaysia kini.

Ini dilambangkan melalui watak Mahmud, bapa mentua Busad yang paling mudah menukar topeng muka demi kepentingan diri sendiri.

Dalam pada itu, konflik kenegaraan sesama negara jiran memang tidak pernah selesai apabial masing-masing mahu mempertahankan maruah dan kedaulatan negeri sendiri.

Terbunuh

Menurut Zaleha, dalam Sandera konflik dua negara ini diwakilkan terhadap watak adik ipar Busad, Mahadi yang terbunuh akibat daripada pertempuran tentera Indonesia dalam gerakan konfrantasi di Sabah.

Sementara itu, bagi Abdullah Che Ya yang juga salah seorang panel bicara, Sandera merupakan karya novel yang lengkap dalam sudut pengamatan sejarah tanah air. Segala maklumat yang dinyatakan cukup tepat dengan apa yang tercatat dalam sejarah Malaysia.

"Yang diubah oleh Arena Wati adalah nama watak dan beberapa nama parti dan kesatuan ketika itu. Secara tepatnya novel ini mempunyai tiga bahagian iaitu perjuangan awal kemerdekaan, semangat nasionalisme dan terakhir adalah perjuangan Melayu selepas merdeka.

"Apa yang dilihat ketika awal perjuangan menuntut kemerdekaan, rata-rata penduduk serumpun memberi sokongan kepada Jepun dan menyokong apa yang dibawa oleh Jepun iaitu Asia untuk Asia," jelasnya.

Abdullah juga turut menyokong pendapat bahawa Sandera telah mengkritik secara halus sistem politik yang telah dan sedang berlaku di Malaysia.

"Rata-rata apa yang dipaparkan dalam novel ini sememangnya benar berlaku dalam kancah politik sekarang. Arena Wati seakan-akan boleh mengagak apa yang akan berlaku kepada masa depan Malaysia. Novel ini cukup hebat dan padat dalam maknanya yang tersendiri," katanya.

Dalam pada itu, DBP akan mengadaptasi Sandera ini kepada teater. A. Wahab Hamzah telah diberi kepercayaan sebagai pengarah teater ini yang dijadualkan akan dipentaskan pada 19 hingga 23 Jun ini di Auditorium DBP.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.