saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 06/09/2014

Bersantai sambil imbau sejarah KL

PERSEMBAHAN teater muzikal MUD KL di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiap kali ada masa terluang, pastinya ramai di antara kita yang berada di ibu kota seakan tiada tempat untuk bersantai selain berkunjung ke pusat membeli-belah, taman permainan dan sebagainya.

Kadangkala, masa berjam-jam dihabiskan hanya melepak di kafe tanpa arah tujuan dan perkara tersebut sememangnya dialami oleh mereka yang berada di ibu kota Kuala Lumpur.

Minggu ini, ruangan Lasak Santai ingin membawa pembaca melepak di tengah bandar raya Kuala Lumpur berhampiran Dataran Merdeka iaitu Panggung Bandaraya yang menjadi tempat pementasan teater dan seni persembahan pentas.

Selama tiga tahun ini, sebuah teater muzikal berjudul MUD KL dipentaskan di panggung bersejarah itu dalam usaha membawa anak-anak muda dan generasi hari ini mengetahui sejarah pembentukan Kuala Lumpur.

Jika sejarah mencatatkan bahawa kapitan Yap Ah Loy bertanggungjawab membuka Kuala Lumpur pada ketika itu, namun kisah yang dipentaskan dengan usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Enfiniti Vision Media ini menggambarkan suasana kampung-kampung di Kuala Lumpur seawal tahun 1880.

Suasana ini banyak menceritakan kisah-kisah kemasyarakatan, kekeluargaan, adat resam dan sebagainya yang amat jarang dilihat dilakukan di bandar-bandar besar.

Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di Kuala Lumpur pada awal pembentukannya turut diceritakan seperti tragedi kebakaran dan banjir besar yang tidak diketahui kebanyakan daripada kita termasuk generasi muda dan orang-orang dewasa.

Ia menceritakan tiga watak utama yang mewakili masyarakat berbilang kaum dengan aktiviti perlombongan awal dan suasana bandar baharu yang diwujudkan berikutan kelangsungan daripada kemajuan bandar raya itu satu masa dahulu.

Bagi anak-anak muda yang tidak mengetahui sejarah dan mahukan gambaran yang lebih jelas serta hiburan pada waktu senggang, mereka dicadangkan berkunjung ke Panggung Bandaraya bagi mengetahui serba sedikit maklumat mengenai ibu negara Malaysia yang kita cintai ini.

Ia mendatangkan lebih banyak faedah daripada remaja yang melepak dan berpeleseran di Dataran Merdeka, pusat membeli-belah dan sebagainya kerana unsur-unsur sejarah seperti ini akan membangkitkan semangat patriotik dan kenegaraan dalam jiwa anak muda masa kini.

Lebih menghiburkan, penonton yang menyaksikan teater muzikal bukan sahaja menjadi penonton statik, bahkan juga mengambil bahagian dalam pementasan pada babak yang disediakan, sekali gus membuatkan penonton lebih merasai suasana dan penghayatan mesej yang ingin disampaikan.

Menariknya, watak-watak yang dilakonkan itu terdiri daripada mereka yang berbakat dalam seni dan persembahan teater demi menarik minat generasi muda terhadap seni persembahan ini.

Sememangnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan tempat-tempat santai generasi muda selain daripada berkunjung ke kafe, pusat membeli-belah dan juga kawasan peranginan kerana Malaysia menyediakan pelbagai tempat dan produk yang berkualiti untuk tatapan rakyat negara ini.

Sayangnya, seni persembahan yang melibatkan sejarah hanya sekadar menjadi tarikan para pelancong asing berbanding masyarakat tempatan dan keadaan itu membuatkan rakyat negara ini kurang mengetahui tentang asal-usul dan kisah-kisah zaman dahulu.

Inisiatif yang digerakkan oleh DBKL dengan pementasan teater muzikal MUD KL ini sedikit sebanyak memberi pilihan kepada generasi muda untuk menjadikan bangunan bersejarah sebagai medan bersantai secara ilmiah.

Pementasan yang akan berlangsung selama tiga tahun ini akan diadakan pada setiap hari kecuali Isnin minggu pertama dengan dua tayangan iaitu pada sebelah petang dan malam. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.