saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 14/09/2014

Pembaca pilih tajuk bukan isi

Kalangan peminat dan pembaca novel sentiasa mencari santapan minda dan jiwa untuk menjadikan bahan bacaan tersebut sebagai terapi minda dan juga jiwa. Keseronokan membaca novel bentuk baharu hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar menghayati watak, perwatakan dan jalan cerita yang mengasyikkan dengan gaya bahasa yang indah.

Tidak kurang pentingnya ialah tajuk sesebuah novel selain nama penulisnya yang menarik serta baharu dan mempunyai kehebatan dalam bercerita, mengadun gaya bahasa humor dan santai, pergerakan bahasa yang lincah menjurus kepada watak dan perwatakan. Ini juga menanam minat seseorang kepada suka dan minat membaca buku terutama novel. Pengaruh novel popular dan novel remaja ini seharusnya diteliti dan dikaji oleh pengkaji berkaitan tema, bahasa dan persoalan yang disampaikan.

Tajuk sesebuah novel yang menarik juga dikatakan akan menarik minat pembaca untuk membeli, membaca dan menyimpan novel tersebut sebagai koleksi peribadinya. Tidak hairanlah pelbagai tajuk novel terdapat di pasaran. Antaranya sebagai contoh, Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal, Aku Bukan Perampas karya Amyliey, Pabila Dua Tersenyum karya Liza Nur, Eh, Biar Betul! Karya Junie Octovian, Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi, Cinta Hujan Panas karya Emma Maizura, Ku Ingin Cintamu karya Haiza Najwa, Dia Hanya Untukku karya Rozita Abd. Wahab, Kopi Ladyku karya Ainul Hazrah, Atas Lantai Takdir karya Fida Rohani, Aku Cantik? Karya Raihan Zafya, Aduhai! Bos Bertuah karya Zan Zarida, dan Anehnya Cinta karya Eija Kadeeja dan beberapa novel lain lagi.

Tajuk-tajuk novel ini juga melambangkan ceritanya yang ingin diketahui oleh pembaca terutama golongan remaja terutamanya wanita. Kisah percintaan dan hal-hal rumah tangga menjadi pilihan pembaca bagi mendalami dan ingin mengetahui kisah yang dipaparkan oleh penulis.

Dalam Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal menceritakan "persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati. Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin sorry…memang dia tidak layan."

Pada kebiasaannya, tajuk yang digunakan hanya dua, tiga patah perkataan yang membawa makna tersirat yang menarik pembaca untuk menelusur dan sekali gus membaca novel tersebut. Sebagai contoh, tajuk novel Aku Tunggu Dia karya Nurul Jannah, Encik Montel Paling Sweet karya Aini Effariza, Tak Sangka Aku karya Azea Aryrieza.

Kajian pengkaji pengkritik sastera novel remaja Dr. Misran Rokimin, mendapati bahawa melalui teori dan aplikasi, menyarankan pembaca remaja perlu diasuh pemikiran mereka agar dapat meneliti apa yang tersirat dalam sesebuah novel, cerpen dan puisi yang mereka baca. Justeru, menjadi tanggungjawab penulis novel remaja memberikan pengetahuan selain gagasan bernas untuk dinikmati oleh pembaca terutamanya kalangan remaja. Penghayatan isi karya oleh pembaca dapat diselitkan dengan mesej yang jelas oleh pengarang berkaitan pembangunan insan.

Lantaran itu, melalui penceritaan yang menarik pembangunan insan dalam novel juga penting diterapkan selain tajuk-tajuk yang menarik dengan garapan dan falsafah ke arah membangun masyarakat maju dan berilmu. Kepengarangan dan novel popular bukan sahaja berperanan ke arah intelektual, malah membentuk akal budi yang murni.

Sebagai contoh novel Ombak Rindu (2003) karya Fauziah Ashari digolongkan dalam novel popular. Daripada tajuknya yang menarik yang ada unsur seni dan keindahan serta nilai estetika juga unsur personifikasi dan metafora pembaca ingin membaca dan meneliti jalan cerita dan apa yang disuarakan oleh pengarang.

Kajian peneliti dan pengkaji novel juga ada benarnya menunjukkan bahawa tajuk sesebuah novel mestilah menarik pembaca untuk membeli dan membacanya. Selain itu, penulis yang sudah ada nama akan menjadi ikutan pembaca untuk membaca setiap karya yang dihasilkan. Kehebatan kepengarangan sesebuah novel dapat dilihat daripada adunan plot cerita. Daripada persoalan pokok dengan plot yang dibina secara longgar mudah diikuti oleh pembaca kerana kurang menuntut daya kreativiti yang tinggi.

Kekuatan dan kehebatan pengarang-pengarang seperti Keris Mas, Ishak Haji Muhammad, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Arena Wati, Abdullah Hussein, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah dan Faizal Tehrani dalam membina plot yang rencam dan mencabar keintelektualan pembaca menyebabkan novel-novel pengarang ini kurang dibaca oleh kalangan remaja kerana penulisannya bertahap tinggi, walaupun tajuk-tajuk novel pengarang ini juga menarik dan menuntut pembaca membacanya.

Oleh itu, sesebuah novel yang baik dapat mengangkat nilai kepengarangan dengan mengadunkan watak dan perwatakan yang baharu, plot yang dibina kukuh dan rencam, jalan cerita yang menarik dan mengesankan, tema yang menarik seperti percintaan yang agung dan luhur serta membawa gagasan bernas untuk dinikmati pembaca.

Sebagai contoh, terdapat juga sedikit unsur-unsur yang disebutkan di atas dalam beberapa buah novel karya Aleya Aneesa penulis muda yang prolifik seperti novelnya Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu, Segala-galanya Untukmu, Hanya Dia Tahu, Aku Mahu Kamu, Tanpa Mu Aku Rindu, Terus Cintai Aku, Kasih Benar Kasih.

Penelitian dan pengkajian juga harus diberikan kepada penulis baharu seperti Ruhani Matdarin dengan novelnya Dalam Getar Waktu dan Kotak serta beberapa novel lain. Begitu juga dengan penulis muda Hartini Hamzah dengan novelnya Pelangi Jingga yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxon Mobil 2012. Novel mereka ini bukan sahaja menarik dari segi tajuk malah membawa tema, plot dan persoalan yang baharu dalam masyarakat.

Novel yang bermutu tinggi bukan sahaja akan mendapat pengiktirafan di peringkat negara, malah di peringkat antarabangsa yang menggalakkan pembangunan modal insan yang intelek dan berakal budi. Karya-karya yang bermutu dan berkualiti tinggi bukan sahaja akan dibaca, dikaji dan inti falsafah dimanfaatkan dalam kehidupan seharian oleh pembaca. Biarlah tajuk melambangkan cerita.

Kesusasteraan ialah nadi bangsa dan penggerak budaya ke arah kemajuan dan pembangunan akal budi, mental dan akhlak. Justeru, pengarang terutamanya penulis novel sewajarnya memainkan peranan menghasilkan novel-novel yang menyelitkan gagasan ini kepada pembaca bagi menentukan kelangsungan dunia kesusasteraan kita terus unggul di persada dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.