saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 21/09/2014

Pengalaman selebriti ketika di Mekah

ISTIMEWA menjelang musim haji yang bakal tiba ini, Utusan Karya Sdn. Bhd. menghadiahkan Cerita Dari Mekah 5: Suara Ghaib Dari Kaabah yang menghimpunkan artikel terbaru, eksklusif dan terbaik untuk teladan lagi menginsafkan.

Edisi kelima ini turut menampilkan 95 peratus pengalaman terbaru yang belum pernah disiarkan di samping mengekalkan 244 halaman. Gaya penceritaan dan persembahan buku Suara Ghaib Dari Kaabah memaparkan kelainan iaitu gabungan artikel pendek dan panjang yang mengesankan jiwa.

Buku ini turut menampilkan pengalaman yang diceritakan selebriti terkenal tanah air seperti pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat; bekas pelawak, Shamsul Azhar Aliddin (Shamsul Ghau-Ghau), Ustaz Fauzi Mustafa, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Datuk Ibrahim Mat Sin dan Ustaz Mohd Sallahuddin Muhamad.

Khairul Fahmi atau Apek misalnya bercerita pengalaman anehnya asyik menjadi bahan 'tontonan' jemaah Arab. Shamsul Ghau-Ghau pula bercerita pengalamannya dapat pergi setiap tahun ke Mekah selepas doanya dimakbulkan untuk ke sana di samping mengalami peristiwa aneh bertemu Allahyarham bapanya semasa tawaf di Kaabah.

Ustaz Harryanto Rizal Rokman pula bercerita tentang Mantan Gengster Menangis di Mekah yang masih memiliki tatu harimau di lengan kanan dan dadanya.

Banyak lagi cerita menarik untuk dibaca antaranya: Siapa pula jemaah yang terpaksa 24 jam tinggal dalam kelambu?; Betulkah ada toyol di Mekah?; Waras di Jeddah, gila di Mekah; Pegawai polis dibelasah, dibakar & ditoreh; Oren jatuh dari langit, Lelaki suka makan sisa dan Keistimewaan jemaah yang meninggal semasa melontar jamrah.

Teruskanlah membaca kisah-kisah menarik dalam edisi kelima ini selain fakta-fakta terbaru tentang pembangunan kota Mekah yang perlu diketahui. Antaranya projek pembesaran Masjidilharam mampu tampung dua juta jemaah, kemudahan OKU dan warga emas, projek kereta api laju Mekah-Madinah dan perobohan hotel lama bagi memberi laluan projek mega bagi keselesaan jemaah di Tanah Suci.

Bagi peminat siri Cerita Dari Mekah anda perlu mendapatkan buku ini bagi melengkapkan koleksi sebagai kesinambungan siri terdahulu Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah (2009), Indahnya Hidayah di Bumi Baitullah (2010), Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah (2011), Kisah-Kisah Aneh, Menginsafkan Terbaru & Terindah Dari Mekah (2013).

Dapatkan buku ini segera dengan harga istimewa RM15 senaskhah. Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku dan majalah berdekatan atau hubungi Bahagian Pemasaran Utusan, tel: 03-8924 3888/3977.

Untuk keterangan lanjut hubungi Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Zulkarnain Zakaria atau Penolong Pengurus Operasi, UKSB, Roslee Hanafi di talian 03-8926 2999.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.