saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 05/10/2014

Pameran Limalimalima

SEBUAH LUKISAN karya Osman.

Festival pelancongan yang dikenali Seni Pelancongan Kontemporari Malaysia 1MCAT Pahang telah bermula sejak 17 September dan dijangka berlarutan hingga 30 Oktober depan dengan pameran utamanya berlangsung di Bangunan Yayasan Pahang. Ini diikuti pameran lukisan berjudul Limalimalima yang diadakan di Studio Rusmadi Rajawali @ Abdullah Jones di Taman Cendrawasih, Kuantan.

Pameran lukisan pelbagai aliran, media dan pelukis ini lebih bersifatkan mengetengah sejumlah karya yang indah, klasik serta profesional.

Pameran ini dikuatkan lagi apabila pelukis kelahiran Pahang yang memiliki kelulusan ijazah tinggi seperti Profesor Dr. M. Najib Ahmad Dawa dan Muhammad Ismadi Salehuddin turut menyumbang karya yang bertajuk Rupa Baru dan Banir Series.

Najib menampilkan karya aliran impresionisme yang terhasil daripada tekstil yang memiliki semangat dan mood ceria. Aliran impresionisme ialah satu gerakan seni kurun ke-19 yang berasal daripada sekumpulan pelukis dari Paris. Aliran ini mula diketengahkan pada 1870 dan 1880-an .

Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, Impression, soleil levant ("Impression, Sunrise", "Tanggapan, Terbit matahari"), yang menyebabkan pengkritik seni, Louis Leroy, mencipta perkataan itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari.

Ciri-ciri lukisan Impresionisme termasuk coretan kecil, nipis dan dapat dilihat, gubahan terbuka, penekanan pada gambaran tepat cahaya yang berubah-ubah (sering kali menyerlahkan kesan peredaran masa).

Subjeknya yang biasa, penyelitan pergerakan sebagai unsur penting pengalaman dan pencerapan manusia serta sudut pandang yang luar biasa.

Perkembangan impresionisme dalam seni tampak diikuti oleh gaya seakan-akan dalam media lain seperti muzik (muzik impresionisme) dan kesusasteraan.

Pengubahan

Seorang lagi pelukis dari Pahang, Ismadi menggunakan karya beraliran ekspresionisme menempatkan impak klasik menerusi warna alam. Ekspresionisme adalah kecenderungan seorang seniman dengan kesan emosional.

Aliran ekspresionisme berkembang sepanjang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kemunculannya merupakan reaksi terhadap standard akademik yang berlaku di Eropah sejak era renaisans, terutama seni akademik di Perancis dan Jerman.

Pelukis ekspresionis berusaha menghadirkan pengalaman emosional, mereka tidak tertarik pada realiti seperti yang dilihat sendiri oleh pengkarya. Subjek lukisan seringkali mengalami pengubahan bentuk, dilebih-lebihkan atau diubah untuk menekankan aspek emosional.

Pengkisahan yang tinggi daya pemikirannya sememangnya terlihat pada lukisan kedua-dua artis ini, iaitu pelukis lukisan bertajuk Perempuan.

Antara pelukis lain yang turut menjayakan pameran kali ini ialah, Tuan Wil Tuan Mat, Nazri Chot, Zulkifli Salleh, Norsyuhaida Ruslan dan Ali Shamsul Bahar.

Bukan itu sahaja, festival ini turut diikuti dengan kembara foto ke gua-gua di Merapoh serta pertandingan mereka skulptur pasir yang diadakan di Balok.

Hendaknya pameran ini menjadi bahan renungan bermula daripada para pelukis itu sendiri, baik yang mengambil bahagian mahupun yang di luar majlis, demi berlakunya anjakan paradigma.

Penting dihayati bahawa lukisan merupakan karya yang terhasil daripada gabungan akal yang mampu menghasilkan idea yang benar-benar bernas dengan elemen perasaan yang indah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.