saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 31/05/2012

Muzium Permainan tumpuan ramai

T. Sivalingam sempat menggayakan tarian ala Micheal Jackson semasa melawat Muzium Permainan.

MELAKA 30 Mei - Siapa sangka bermula dengan hanya minat mengumpul koleksi permainan timbulnya idea untuk membuka sebuah galeri permainan sendiri.

George Ang, 45, pemilik Muzium Permainan yang terletak di Bukit Baru, mengakui minat tersebut telah membuka lembaran baru buatnya iaitu melangkah setapak ke hadapan dalam lapangan perniagaan.

Dia yang dahulunya bertugas di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur mengambil keputusan berhijrah ke Melaka bagi membuka Muzium Permainan secara sepenuh masa.

Muzium yang dahulunya terletak di Jonker Walk, Banda Hilir kini dibuka di Jalan Penghulu Abbas bermula Oktober tahun lalu.

Ribuan pengunjung yang hadir tidak hanya masyarakat tempatan, malah dari luar negara termasuk China, Indonesia, Singapura, Jepun, Brunei dan Australia.

Dengan bayaran masuk RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak, pengalaman menyaksikan lebih 10,000 koleksi permainan itu ternyata berbaloi sebagai terapi minda.

Muzium tersebut dibuka setiap hari antara pukul 2 petang hingga 6 petang kecuali Isnin manakala Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Kata George, cadangan ahli keluarga tiga tahun lalu agar dia mempamerkan kesemua koleksi permainan miliknya yang dikumpul sejak 20 tahun lalu ternyata tidak sia-sia.

Di muzium itu dia mempamerkan kesemua permainan yang dikumpul sebagai tatapan pengunjung.

Muzium yang mempunyai enam ruang pameran itu menempatkan pelbagai koleksi permainan termasuk karakter-karakter kartun, watak dalam filem dan animasi popular termasuklah watak dalam Star Wars, Lord Of The Rings, Predator, Terminator, Transformer, Spawn, Iron Man dan Avatar.

Muzium yang dibuka untuk orang awam daripada pelbagai peringkat usia itu turut mempamerkan koleksi permainan Disney termasuk Cinderella, Snow White dan Mulan.

Menariknya, kanak-kanak mengunjungi muzium itu diberi peluang untuk menyentuh dan mencuba sendiri beberapa permainan yang dipamerkan.

"Ini sebagai satu usaha menggalakkan kanak-kanak menghargai permainan dan secara tidak langsung dapat menimbulkan perasaan gembira kepada mereka.

"Setiap almari yang menempatkan pelbagai koleksi permainan juga disediakan pelbagai nota ringkas tentang permainan yang membantu mereka mengasah pengetahuan membaca," katanya.

Di sana, pengunjung secara tidak langsung dapat mengimbau pelbagai memori berkaitan permainan-permainan yang dipamerkan dari era 1970-an sehingga kini.

Pelbagai emosi dapat dikongsi termasuk perasaan seram apabila melangkah ke salah sebuah ruang yang menempatkan pelbagai koleksi permainan hantu.

Bukan untuk menakutkan pengunjung tetapi jelas Goerge, ia sebagai satu galakan kepada mereka agar dapat memberanikan diri.

Bagi yang meminati Raja Pop dunia iaitu mendiang Micheal Jackson, turut dipamerkan adalah koleksi cakera padat, album, topeng serta permainan yang menyerupai wajah mendiang.

Ditanya tentang koleksi-koleksi permainan yang ada kata George, dia berusaha menambah koleksi permainan yang ada dengan membeli daripada rakan serta secara atas talian.

Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit, katanya, ia sesuatu yang cukup berbaloi apabila melihat pengunjung yang datang ke muzium itu pulang dengan senyuman.

Seperti ahli perniagaan lain, George juga bercita-cita untuk mendapatkan tempat yang lebih luas untuk menempatkan lebih banyak koleksi permainan terkini bersesuaian dengan aliran zaman pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.