saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/06/2012

Kar1sma pastikan rakyat dibela

Hasan Malek menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima sempena Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam di Stadium Mini Daerah di Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 26 Jun - Seramai 752 orang penduduk dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam di sini hari ini.

Bantuan itu termasuklah untuk orang tua, pesakit terlantar, elaun pekerja cacat, orang kurang upaya tidak bekerja, am, kanak-kanak, bencana, alat tiruan dan geran pelancaran dengan peruntukan keseluruhannya sebanyak RM204,550.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, pemberian itu merupakan keprihatinan kerajaan untuk melihat rakyat terus dibela, selain meringankan beban kehidupan mereka.

''Kita ingin melihat supaya rakyat keluar dari kepompong kesusahan ini dan melalui transformasi dengan bantuan yang disediakan kerajaan, menyertai program pembangunan diri supaya mereka boleh berdikari dan membantu kehidupan keluarga," jelasnya selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam di Stadium Mini Daerah Kuala Pilah di sini hari ini.

Pada majlis itu, bantuan orang tua adalah yang paling ramai penerima iaitu 386 orang dengan peruntukan sebanyak RM115,800.

Seramai 35 orang lagi diberikan bantuan pesakit terlantar (RM10,500) dan 15 orang menerima elaun pekerja cacat (RM4,500).

Bagi bantuan kanak-kanak pula, sebanyak RM7,850 diperuntukkan melibatkan 34 orang penerima, sementara empat orang pula menerima bantuan bencana (RM1,800).

Jumlah penerima bantuan bulanan JKM bagi daerah Kuala Pilah tahun ini ialah seramai 3,308 melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli, membabitkan peruntukan sebanyak RM790,800.

Kar1sma merupakan inisiatif kerajaan dalam melaksanakan program bantuan kemasyarakatan secara holistik bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada kelompok masyarakat yang tercicir daripada menikmati faedah pembangunan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.