saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 28/07/2012

38 keracunan makanan selepas berbuka puasa

Mohd. Zulfa Mohammad (kanan) melawat seorang mangsa keracunan makanan di wad kecemasan Hospital Port Dickson, semalam.

SEREMBAN 27 Julai - Seramai 38 orang mengalami keracunan makanan dipercayai selepas berbuka puasa semalam dan bersahur pagi ini di sebuah gerai berhampiran Kolej Uniti di Tanjung Agas, Port Dickson dekat sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, daripada jumlah tersebut, 33 orang merupakan penuntut perempuan kolej berkenaan, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam.

''Empat orang awam itu pula terdiri daripada dua dewasa, seorang lelaki berusia 40 tahun, seorang wanita 33 tahun dan dua orang kanak-kanak berumur tujuh dan lapan tahun.

''Seramai 12 orang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut manakala 26 orang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Port Dickson," katanya pada sidang akhbar di sini.

Difahamkan, kesemua mangsa itu mengalami sakit perut serta cirit-birit pagi ini selepas berbuka puasa dan bersahur dengan makanan yang dibeli di gerai makanan terbabit.

Menurut Zailan, siasatan pihaknya mendapati kawasan persekitaran gerai tersebut berada pada keadaan memuaskan iaitu tahap 88 peratus.

''Namun, apabila kita memeriksa tempat penyediaan makanan, ia berada pada tahap amat tidak memuaskan iaitu kadar 65 peratus, maka kita telah mengeluarkan arahan untuk penutupan serta-merta selama 14 hari," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah 2 Port Dickson, Mohd. Zulfa Mohammad berkata, kejadian itu merupakan kes keracunan makanan pertama pada bulan Ramadan yang direkodkan di daerah ini tahun ini.

''Kesemua mangsa tiba di hospital untuk diperiksa pada waktu berbeza, ada dua daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi berikutan mengalami tekanan darah rendah.

''Tetapi kesemua mereka telah stabil dan selebihnya yang dirawat sebagai pesakit luar telah dibenarkan pulang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.