saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/07/2012

Dua terbunuh rempuh lori

MAYAT S. Ravi bersama motosikal selepas merempuh belakang lori di Kilometer 14.1 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, semalam.

SEREMBAN 28 Julai - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Negeri Sembilan hari ini.

Dalam kemalangan pertama melibatkan seorang konstabel polis maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 279.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Mohamad Farid Abdullah, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bertugas di Pontian, Johor dipercayai dalam perjalanan dari Johor menuju ke ibu negara menunggang motosikal jenis Yamaha LC135.

Katanya, motosikal mangsa dikatakan merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan beras yang ketika itu berhenti di laluan kecemasan.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak dan motosikalnya pula terseret sejauh kira-kira 15 meter," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, treler itu berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan tayar dan pemandunya sudah meletakkan kon di belakang kenderaan berat itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar nahas masih disiasat.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.

Sementara itu dalam nahas kedua, seorang pekerja syarikat kontraktor yang sedang melakukan kerja penyelengaraan paip di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran lori mereka.

Setelah diperiksa, pekerja itu dapati seorang penunggang motosikal terperosok di bawah lori selepas merempuhnya dari belakang.

Lori itu berhenti di laluan kecemasan lebuh raya berkenaan manakala pekerjanya melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan gaung berhampiran.

Mangsa, S. Ravi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang berasal dari Taman Seremban Jaya, Seremban dalam perjalanan ke tempat kerja di Lukut. Dia dipercayai gagal mengelak lori berkenaan sebelum merempuh belakang lori muatan satu tan itu.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd. Akmal Hijas Mokhtar, 26, berkata, dia dan rakannya sedang melakukan kerja menyelenggara paip milik Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di lebuh raya itu.

"Kami dengar dentuman kuat dan bergegas ke lori serta terkejut melihat seorang penunggang motosikal terbaring di tepi jalan. Kami segera menghubungi polis," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson dan telah dituntut oleh ahli keluarganya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.