saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/08/2012

Kesal prasarana tidak diselenggara

KUALA PILAH 26 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail kecewa melihat kemudahan prasarana di Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Air Mawang dekat sini tidak diselenggara dengan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, kemudahan surau dan tandas yang tidak diselenggara dengan baik boleh menjejaskan kedatangan pengunjung ke hutan lipur berkenaan yang semakin popular di kalangan penggemar rekreasi alam semulajadi.

Katanya, hampir 5,000 orang mengunjungi hutan lipur tersebut antara Januari hingga Julai lalu.

“Sekiranya kemudahan seperti surau dan tandas tidak dijaga dengan baik, ia akan menjejaskan kedatangan pengunjung selain memberi imej negatif terhadap negeri ini," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu beberapa pihak seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) perlu berganding bahu bagi memastikan kelestarian hutan lipur tersebut.

Jelasnya, JPS perlu menjaga sungai manakala Jabatan Perhutanan dan Perhilitan mengawasi kegiatan penebangan haram dan membakar pokok hutan.

Katanya, JAKOA perlu memastikan masyarakat Orang Asli tidak boleh meneroka hutan tersebut secara sesuka hati tanpa pengetahuan pihak berkaitan.

“Saya berharap semua pihak ini dapat memantau perkara ini supaya Hutan Lipur Gua Batu Maloi kekal menjadi tarikan pengunjung," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.