saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/09/2012

RM5j diperlu naik taraf Lebuh AMJ arah Selatan

MELAKA 7 Sept. - Peruntukan sebanyak RM5 juta diperlukan untuk menaik taraf Lebuh AMJ (Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin) arah ke selatan dari persimpangan Kandang hingga ke Sungai Rambai bagi meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, ekoran ketiadaan beberapa infrastruktur yang sepatutnya dimiliki laluan Lebuh AMJ, menyebabkan kawasan sepanjang 30 kilometer itu kerap berlakunya kemalangan.

Menurutnya, sejak lebuh raya berkenaan mula digunakan pada 2007, beberapa infrastruktur di beberapa lokasi seperti lampu isyarat, lampu jalan, lampu limpah di pusingan U dan pagar menghalang lembu masuk ke jalan tidak disediakan sehingga kini.

"Masalah ini sering ditimbulkan pengguna jalan raya yang kerap berulang-alik dari Muar ke bandar raya ini kerana beberapa lokasi sering berlaku kemalangan jalan raya.

"Masalah ini pernah disuarakan kepada Kementerian Kerja Raya namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan pihak kementerian dapat melihat kembali masalah di lebuh raya ini arah ke Selatan dan permohonan peruntukan RM5 juta dapat diluluskan segera," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri di Seri Negeri, di sini semalam.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai berkata, kemudahan itu tidak terdapat di laluan tersebut berbanding Lebuh AMJ arah ke Utara di sepanjang laluan ke Alor Gajah hingga Simpang Ampat.

"Kita dapat lihat laluan ke Simpang Ampat, terdapat lampu isyarat di setiap persimpangan masuk ke kawasan penempatan penduduk, lampu jalan dan lampu limpah pusingan U," ujarnya.

Katanya, infrastruktur yang sama sepatutnya turut dinikmati pengguna lebuh berkenaan arah ke Selatan.

Sehubungan itu, ujarnya, peruntukan yang akan dipohon itu adalah untuk memasang lampu jalan di 10 lokasi sepanjang laluan dari persimpangan Kandang ke Sungai Rambai.

"Beberapa persimpangan U pula tidak dipasang lampu limpah dan keadaan di situ amat gelap serta kerap berlaku kemalangan," ujarnya.

Katanya, dua lampu isyarat perlu dipasang di persimpangan Sebatu dan Batu Gajah di samping pemasangan pagar dari Merlimau ke Batu Gajah bagi mengelak lembu melintas di lebuh raya berkenaan.

Selain itu katanya, peruntukan tersebut juga diperlukan untuk meratakan jalan berbonggol dan membaiki pulih sistem perparitan yang sering tersumbat setiap kali hujan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.