saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 25/09/2012

Martabat seni kontemporari Melaka

Md. Sani Md. Dom memberi penerangan kepada pelukis muda di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis.

MELAKA 24 Sept. - Seni merupakan landasan yang paling tepat bagi seseorang pengkarya dalam menzahirkan kreativiti mahupun cetusan rasa, emosi serta pemikiran menerusi pelbagai medium sama ada penulisan, lukisan, muzik mahupun ukiran.

Kreativiti dalam penghasilan seni sememangnya memberi pengertian berbeza bagi setiap individu dalam membuat penilaian.

Takrifan berbeza inilah yang mencerminkan betapa keindahan sesebuah seni itu cuba diperhalusi oleh seseorang individu lain menerusi pemerhatian serta pemahaman tersendiri.

Salah satu cabang seni yang menggamit perhatian ramai ialah seni kontemporari.

Ia merupakan seni yang memperlihatkan daya kreativiti seseorang pengkarya menghasilkan karya mereka mengikut kesesuaian zaman.

Di Melaka, seni kontemporari lebih condong dizahirkan oleh pengamal seni dalam bentuk lukisan dan yang memperlihatkan pelbagai khazanah lama negeri.

Usaha itu dapat disaksikan di bangunan, pakaian tradisional yang memperlihatkan pelbagai seni sulaman kreatif dan ukiran masyarakat berbilang kaum serta muzik yang mampu disenadakan dengan pantun serta seloka.

Melaka hakikatnya menjadi antara destinasi tumpuan dunia kerana kesan peninggalan sejarah, di samping pelbagai produk pelancongan lain dan produk karya seninya.

Sehubungan itu, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) yang sedang berlangsung di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka sehingga hujung bulan ini adalah juga antara usaha yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Festival yang mengenengahkan seni kontemporari tersebut anjuran Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia dan kerajaan negeri.

Antara pengisiannya adalah pameran lukisan serta penganjuran bengkel-bengkel seni lukis.

Ini termasuk karya seni daripada pelukis ternama seperti Zakir Amir Mohd. Derus, Md. Sani Md. Dom, Allen Tan, Ashly Nandong dan Ahmad Farihan Ahmad Mawardi.

Tidak ketinggalan pelukis daripada Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (KPNM) iaitu Mohd. Yasin Ahmad, Pardan Moslem, Roszainol Hashim, Johari Ibrahim, Mohd. Zuwairi Abd. Rahman, Zaini Ahmad dan Ahmad Zainul Arieffin Zaini.

Menariknya, 1MCAT peringkat negeri kali ini turut disertai oleh golongan muda iaitu pelajar Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, program itu dalam masa sama mampu mengangkat martabat pelukis tempatan dan karya yang dihasilkan ke peringkat lebih tinggi.

"Di negeri ini, sebilangan pelukis mencapai kejayaan besar dengan mempamerkan karya mereka di peringkat antarabangsa dan berjaya menjual hasil seni mereka dengan harga tinggi.

"Ini menunjukkan potensi dan bakat besar mereka perlu diketengahkan berlandaskan platform terbaik seperti program ini," katanya sewaktu berucap merasmikan 1MCAT peringkat negeri di Dataran Polis Pelancong, Banda Hilir di sini baru-baru ini.

Kata beliau, penganjuran program tersebut menjadi salah satu acara yang mampu memberi impak positif kepada kalendar pelancongan negeri untuk masa akan datang.

Kata Latiff, seni kontemporari di negara ini yang dilihat semakin berkembang kini memberi kelainan dalam kalangan pelancong terutama yang inginkan kelainan dalam percutian mereka.

Tambah beliau, ini secara tidak langsung memberi impak berganda kepada promosi pelancongan negeri, sekali gus negara ini sebagai destinasi percutian pilihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.