saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/11/2012

Projek perumahan Taman Rembau Bayu dilancarkan

Ir. Zaifulbahri Idris (dua dari kanan) melihat model Taman Rembau Bayu sambil diperhatikan Alex Kan (tiga dari kanan) selepas majlis pelancaran projek perumahan itu di Rembau, kelmarin.

REMBAU 4 Nov. - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

"Jualan unit-unit tersebut sedang rancak dilakukan dan kami percaya ia akan habis terjual dalam tempoh yang singkat," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek berkenaan.

Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Ir. Zaifulbahri Idris.

Alex yakin projek berkenaan yang terletak kira-kira 250 meter dari pekan Rembau mampu menaikkan standard kehidupan dan ekonomi di sekitar kawasan berkenaan.

"Sebab itu kita mengguna pakai reka bentuk moden untuk projek ini kerana yakin ia mampu menarik perhatian pembeli," katanya.

Maklumat lanjut mengenai projek perumahan itu boleh diperolehi dengan menghubungi JBS Suria Bumi di talian 06-6851310 atau laman sosial, Facebook di www.facebook.com/TheJbsGroup atau laman web www.jbsgroup.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.