saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/11/2012

Pelbagai jenis masakan tilapia di The Yellow River

span class=intro>SEREMBAN 4 Nov. - Syarikat Tilapia House Sdn. Bhd. (Tilapia House) yang memasarkan filet ikan tilapia bermutu tinggi, melangkah setapak lagi dengan membuka sebuah restoran yang menyediakan masakan berasaskan ikan berkenaan.

Restoran yang diberi nama The Yellow River itu dibuka mulai kelmarin di No. 548 Jalan Haruan 4/7, Oakland Commercial Centre di sini.

Pembukaan itu merupakan kesinambungan daripada pasar kering moden, Tilapia Market di sebelah restoran berkenaan yang dibuka pada Julai 2010.

Pengarah Urusan Tilapia House, Mufadzir Huzaireen Mazlan berkata, buat permulaan, ia akan dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu mulai pukul 11 pagi hingga 11 malam.

"Restoran ini menawarkan lebih 20 jenis masakan dengan 60 peratus daripadanya adalah berasaskan pada filet tilapia yang dipasarkan oleh Tilapia House.

"Antara menu di sini ialah Tilapia Blackpepper, Gulai Tilapia Yellow River, Sup Tilapia, Nasi Goreng Tilapia Fillet selain masakan ala-barat seperti Tilapia Fish N' Chips, Tilapia Slices + Sambal dan Cekodok Tilapia + Sambal," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis solat hajat dan doa selamat sempena pembukaan restoran itu kelmarin.

Turut hadir Pengarah Tilapia House, Affandi Ab. Latif dan Chef Eksekutif The Yellow River, Sharifuddin Thani.

Mufadzir Huzaireen menarik perhatian, harga makanan dan minuman di restoran tersebut adalah berpatutan walaupun dekorasi restoran itu bertaraf sederhana tinggi.

Tambahnya, restoran itu mampu memuatkan sehingga 70 orang pada satu-satu masa dan dikendalikan oleh enam kakitangan serta seorang ketua chef dan seorang pembantu chef.

"Matlamat utama pembukaan restoran ini ialah untuk mempromosikan produk filet tilapia yang dipasarkan oleh Tilapia Market dengan menawarkannya melalui pelbagai jenis masakan," ujarnya.

Beliau menjelaskan, perkataan yellow river pada nama restoran itu dipilih dengan tujuan mahu dikaitkan kepada 'masak kuning' atau masak lemak cili api yang menjadi identiti masakan popular di negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.