saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 19/11/2012

32 pelajar USIM sertai program mencari, menyelamat

JELEBU 18 Nov. - Seramai 32 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai Program Mencari dan Menyelamat anjuran Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) universiti tersebut.

Program itu yang mendapat kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini berlangsung selama tiga hari sejak kelmarin di Jeram Enggang, Kampung Ulu Jelebu di sini.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan JPAM negeri, Abdul Baith Abdul Rahim berkata, program itu merupakan siri kedua yang melibatkan aktiviti mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh seramai 15 orang jurulatih dari JPAM negeri.

"Peserta akan dilatih mengenai ikhtiar hidup ketika di dalam hutan, membuat tempat perlindungan, cara menjaga kawasan, cara mendapatkan pertolongan, mempelajari cara mendapatkan makanan dan mengenal tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan di dalam hutan," katanya ketika ditemui hari ini.

Peserta, Noor Zurreyatina Abdul Rahman, 22, berkata, kesabaran yang tinggi diperlukan oleh setiap peserta kerana aktiviti yang dijalankan sangat mencabar dan berbahaya.

"Aktiviti dimulakan dengan fasa satu di mana kami dikehendaki berjalan sejauh enam kilometer untuk sampai ke jeram bermula pada pukul 10 malam dan tiba pada pukul 2 pagi Jumaat lalu yang mana memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada peserta," ujarnya.

Salimatul Saniah Mat, 21, pula berkata, peserta perlu membuat tempat perlindungan sendiri, menghidupkan api, mencari lereng bukit, mencari makanan sendiri yang merupakan satu pengalaman sangat berguna dan sukar diperoleh di tempat lain.

Muhammad Abdullah Asmaon, 23, berkata, sebagai lelaki, dia berasa sangat tercabar melihat pelajar perempuan mampu mengikuti program mencari dan menyelamat dengan dibantu jurulatih JPAM yang mempunyai ilmu yang tinggi mengenai selok belok hutan.

"Saya berharap lebih ramai pelajar serta masyarakat awam menyertai gelombang sukarelawan memandangkan jumlahnya masih sedikit di negara ini berbanding dengan penyertaan di luar negara," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Nurazizuazwan Mohd. Nor berkata, masyarakat digalakkan untuk menyertai JPAM kerana ilmu yang diperolehi menerusi program seperti itu sangat berfaedah.

"Setakat ini kami mempunyai kekuatan seramai 30 anggota dan penduduk yang tinggal dengan kawasan berdekatan boleh menghubungi pejabat JPAM daerah jika terdapat sebarang kemalangan, bencana mahupun kejadian yang tidak diingini di talian 06-6134022," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.