saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/12/2012

Pulau Melaka Island Stay rancakkan sektor pelancongan

Mohd. Ali Rustam (kanan) ketika menghadiri majlis perasmian pangsapuri Pulau Melaka Island Stay di Pulau Melaka, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 14 Dis. - Kerajaan negeri melalui Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House Berhad mengambil inisiatif membangunkan Pulau Melaka Island Stay sebagai tarikan baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha mewujudkan tarikan dengan konsep penginapan pulau yang pertama seumpamanya di negeri ini berpotensi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan.

"Pembangunan Pulau Melaka Island Stay selaras usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan kemudahan penginapan seperti hotel, resort, calet serta inap desa bagi memenuhi keperluan pelancong dalam dan luar negara yang semakin bertambah setiap tahun," katanya ketika berucap merasmikan Pulau Melaka Island Stay di Pangsapuri Pulau Melaka di sini kelmarin.

Yang hadir sama Pengurus Besar DMDI Finance House Berhad, Mashitah Ismail.

Menurut Mohd. Ali, projek bernilai RM5.52 juta itu menambah jumlah penginapan sedia ada di Melaka yang sehingga kini sebanyak 242 buah termasuk hotel, resort, calet dan inap desa melibatkan 12,841 bilik penginapan.

Katanya, Pulau Melaka Island Stay adalah pangsapuri pertama seumpamanya yang berkonsepkan penginapan pulau itu membabitkan 40 unit rumah tiga bilik terletak bersebelahan Masjid Selat di Pulau Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.