saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/01/2013

Kita nikmati kemakmuran terbaik

Mohamad Hasan melihat carta jentera pilihan raya daerah di Kampung Felda Sendayan sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (tengah) di Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 13 Jan. - Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran yang lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan pada masa yang hampir sama dengannya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak negara lain gagal mencapai kemajuan diharapkan walaupun memiliki kekayaan hasil bumi seperti minyak, emas dan bijih timah.

Berbanding dengan negara tersebut, kata beliau, Malaysia berjaya dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Dakwaan bahawa sesiapa jua yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan lain di dunia yang gagal berbuat demikian.

“Ada yang kaya dengan hasil bumi tetapi negara mereka masih tidak dapat mencapai kemajuan malah dibelenggu oleh krisis yang berpanjangan," katanya pada Majlis Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Kampung Felda Sendayan di sini kelmarin.

Beliau sebelum itu turut melawat Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya BN Pusat Daerah Mengundi Kampung Sendayan 1 dan 2 di situ.

Mohamad berkata, pengalaman yang dilalui oleh negara-negara berkenaan perlu dijadikan panduan dan iktibar semua lapisan rakyat kerana itu juga boleh berlaku di negara ini sekiranya masyarakat mengambil mudah mengenai ancaman yang ada di hadapan mereka.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa rakyat negara ini bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta menikmati kemajuan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan sejak merdeka.

Antaranya, menurut beliau, adalah pembukaan tanah rancangan Felda bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat yang rata-ratanya susah semasa negara baru saja merdeka.

“Jadi marilah kita tumpu kepada perpaduan sebagai agenda utama kerana ia akan menentukan negara akan terus aman dan makmur pada pada depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.