saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 31/01/2013

Menyingkap laluan Gunung Datuk

REMBAU 30 Jan. - Jika membuat carian di laman web terkenal terdapat enam gunung yang tersohor disenaraikan di Negeri Sembilan.

Gunung-gunung tersebut ialah Gunung Angsi, Gunung Besar Hantu, Gunung Rembau, Gunung Tampin, Gunung Telapa Buruk dan Gunung Datuk.

Biarpun setiap gunung menyimpan rahsia dan mitos tersendiri yang menjadikan sesebuah gunung itu unik dengan sejarah yang tersimpan berabad lamanya, namun kini sering menjadi lokasi beriadah dan menjalankan aktiviti sukan lasak.

Tidak hairanlah pelbagai aktiviti berfaedah seperti ekspedisi kembara mendaki gunung dijalankan oleh masyarakat khususnya golongan peminat aktiviti lasak yang tidak mengenal usia.

Bagi menyemarakkan lagi aktiviti sukan lasak di negeri ini, kerajaan negeri menerusi Lembaga Pelancongan negeri dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) menganjurkan Cabaran Menjejak Laluan Yam Tuan Antah 2013 di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, dekat sini baru-baru ini.

Program yang dianjurkan untuk kali kedua itu berkonsepkan larian gunung melibatkan 611 peserta dari dalam dan luar negara yang masing-masing berentap mendapatkan hadiah berupa wang tunai yang disediakan bagi pemenang kategori masing-masing.

Menariknya, Cabaran Menjejak Laluan Yam Tuan Antah 2013 itu adalah acara kemuncak Sirkit Cabaran Gunung Negara (SGN) 2013 yang akan diteruskan sehingga empat cabaran sepanjang tahun ini.

Presiden PKN, Datuk Khalid Yunus berkata, objektif perlumbaan melibatkan empat sirkit keseluruhan itu antara lain bertujuan mempopularkan aktiviti mendaki gunung selain mahu ia disenaraikan sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar sukan pelancongan di Malaysia.

Menurutnya, perlumbaan itu juga dapat membantu mempromosikan dan menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berekreasi dan menghayati keindahan gunung-ganang serta hutan hujan tropika di Malaysia terutama di Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Selangor.

"Sirkit 1 dikenali sebagai Yam Tuan Antah Mount Datuk Challenge telah diadakan di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan, Ahad lepas.

"Sirkit seterusnya adalah Terengganu Mount Berembun Green Challenge yang akan berlangsung pada 16 Mac ini, sirkit ketiga, Kedah Mount Jerai Challenge pada 25 Mei ini dan sirkit keempat, Grand Final - Selangor Mount Nuang Challenge pada 8 Disember depan," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Khalid, terdapat tujuh kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita (berumur 19 tahun ke atas), Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Tertutup Tempatan Lelaki dan Wanita (19 tahun ke atas), Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita (13-18 tahun).

Yang hadir sama dalam majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Mohamad Razi Kail.

Dalam pada itu, Mohamad Razi berkata, cabaran larian gunung di Gunung Datuk tersebut bukan sahaja dapat memberi faedah kepada masyarakat malah dapat memperkenalkan Negeri Sembilan khususnya daerah Rembau ke mata dunia.

Kata beliau, cabaran itu juga ke arah mengajak golongan muda mempunyai sikap ambil tahu tentang adat dan sejarah peninggalan nenek moyang.

"Kita ambil contoh, kata bidalan yang terdapat di papan tanda yang diletakkan di kawasan Gunung Datuk ini iaitu Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan.

"Sejarah bidalan itu terjadi apabila puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372," katanya.

Ditanya mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Cabaran Menjejak Laluan Yam Tuan Antah 2013, beliau berkata, hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 ditawarkan selain hadiah iringan.

Menurutnya, mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang Sirkit Cabaran Gunung Negara 2013 boleh melayari laman web www.kembaranegara.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.