SELATAN
ARKIB : 02/02/2013
Sekolah disaran tubuh koperasi runcit

MELAKA 1 Feb. - Kerajaan negeri menyarankan agar semua sekolah khususnya sekolah menengah di negeri ini menubuhkan koperasi runcit sebagai langkah awal mendedahkan para pelajar dalam bidang keusahawanan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, koperasi sekolah yang sebelum ini hanya menjual barangan keperluan sekolah bakal memperkenalkan pelbagai barangan lain melalui koperasi runcit sekali gus dapat meningkatkan pendapatan koperasi berkenaan.
Menurutnya, proses transformasi yang diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu dilihat sebagai langkah terbaik dalam memperkenalkan bidang keusahawanan kepada pelajar.
"Usaha ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang juga ahli koperasi di mana selain memperoleh harga barangan keperluan lebih murah, mereka turut dilatih untuk menjadi seorang usahawan berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Peruncitan Koperasi Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini semalam.
Yang turut hadir Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum dan Timbalannya, Datuk Abdul Fattah Abdullah serta Pengarah SKM negeri, Azam Sulaiman.
Mohd. Ali berkata, terdapat sebanyak 2,400 koperasi sekolah di seluruh negara yang kebanyakannya telah menubuhkan koperasi runcit dan ada di antaranya berjaya mendapat perolehan jualan sehingga ratusan ribu ringgit setahun.
Katanya, Angkasa dengan kerjasama beberapa syarikat pengeluar produk tempatan akan membekalkan barangan runcit kepada setiap koperasi sekolah seperti gula, minyak masak, tepung dan beras yang boleh dibeli oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa.
"Selain pelajar, para guru, ibu bapa dan pengusaha kantin di sekolah berkenaan merupakan golongan sasar sebagai pelanggan untuk kedai runcit yang diuruskan oleh koperasi sekolah dan saya sangat berharap sekolah di negeri ini tidak melepaskan peluang berkenaan," katanya.
Pendidikan mampu mengubah landskap negara
SPNB bina 258 unit RIR di Jasin
Beri pandangan, kritikan membina dalam memantapkan pemerkasaan belia
Pengedar dadah 'King' dicekup
Kerjasama tingkat pelancongan tempatan
Larangan bot pisang ditarik balik
Melaka rintis kempen keselamatan kanak-kanak
NRC 2014 pemangkin robotik tempatan
Guna media sosial secara berhemah
RM300,000 naik taraf Pasar Awam Rompin
Wanita perlu berani menjadi generasi kreatif
Bebas seminggu sebelum Deepavali
Pemeriksaan berkala jejantas
Beri lesen bukan 'lesen besar' lakukan kesalahan
18,916 calon duduki PT3 di NS
Suspek rempuh polis ada lapan rekod jenayah
Muzium Islam dibina di Pulau Besar
Penerima AKHP bantu pengguna hadapi kos sara hidup
Konsep homeroom tingkat kejayaan MRSM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












