saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 19/03/2013

Pembangunan sukan landasan penyatuan kaum

SEREMBAN 18 Mac - Kerajaan sentiasa berusaha untuk terlibat dalam kegiatan pembangunan sukan selain menjadikan langkah itu sebagai landasan penyatuan kaum serta cetusan semangat setiakawan dalam kalangan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sukan bukan sahaja wajar dilihat sebagai aktiviti riadah atau kerjaya malah telah menjadi elemen kekuatan negara yang dapat mencetuskan fenomena hubungan akrab antara kaum.

''Fenomena ini boleh wujud dalam kebanyakan aktiviti sukan yang dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan," katanya di sini hari ini.

Kata Mohamad, masyarakat juga perlu memahami falsafah sukan menerusi slogannya 'Majulah Sukan Untuk Negara', yang bukan sekadar ucapan biasa tetapi memastikannya menjadi satu realiti.

''Ungkapan 'Malaysia Boleh' yang dahulunya dilaungkan ketika temasya sukan, hari ini menjadi kata-kata semangat dalam semua hal. Ia harus diangkat oleh semua rakyat dalam memastikan apa sahaja yang kita lakukan mencapai kejayaan cemerlang," katanya.

Kata beliau, di Negeri Sembilan terdapat 154 gelanggang futsal dan lebih membanggakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Paroi sendiri, sudah ada padang bola sepak sintetik yang bertaraf antarabangsa.

''Sudah tentulah melalui pembinaan padang yang mendapat penarafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ia sepatutnya dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan bola sepak di negara ini.

''Pembiayaan padang ini diberikan oleh Kementerian Kewangan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.524 juta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II) bagi melakukan kerja pemasangan rumput tiruan.

''Setakat ini, saya berpuas hati dengan kerja pemasangan rumput tiruan ini," jelasnya.

Tegas Mohamad, penyediaan kemudahan tersebut secara tidak langsung dapat mengisi masa terutama dalam kalangan belia untuk melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.

''Saya berharap, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan baik dan padang bola sepak sintetik ini juga perlu dimanfaatkan bersama kerana ia adalah projek bertaraf dunia yang diberikan kepada rakyat," tegas Mohamad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.