saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 19/03/2013

14 calon cemerlang di Melaka

Empat pelajar cemerlang dari SMK Munshi Abdullah (dari kiri) Wua Ming Hui, Chan Siat Ling, New Li Fong dan Nur Shaida Samsudin gembira melihat slip keputusan STPM di sekolah tersebut di Batu Berendam, Melaka, semalam.

MELAKA 18 Mac - Seramai 14 orang daripada 1,239 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di negeri ini memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,198 atau 96.69 peratus daripadanya lulus penuh iaitu meningkat sebanyak 1.17 peratus berbanding 1,151 (95.52 peratus) pada 2011.

Pengarah Pelajaran negeri, Kasim Mohamad berkata, daripada jumlah tersebut seramai 644 orang (51.98 peratus) calon telah berjaya memperoleh empat prinsipal.

Menurut beliau, keputusan STPM negeri yang dijalankan di 16 pusat peperiksaan antara 19 November hingga 13 Disember tahun lalu memberansangkan dari segi kualiti.

"Pada hemat saya, secara keseluruhan keputusan peperiksaan STPM tahun lalu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dari segi Gred Purata Negeri.

"Peratusan calon cemerlang yang memperoleh PNGK 4.0 dan calon yang memperoleh PNGK 3.0 ke atas juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita di Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini.

Menurut Kasim, sebanyak 10 buah sekolah telah mencatat prestasi kelulusan 100 peratus atau lulus penuh.

Katanya, sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yok Bin, SMK Gajah Berang, SMK Dang Anum, SMK Lubok China, SMK Bukit Baru, SMK Seri Mahkota, SMK Dato' Dol Said, SMK Agama Sultan Muhammad, SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Ghafar Baba.

Beliau berkata, SMK Munshi Abdullah mencatat jumlah pelajar cemerlang teramai iaitu empat orang diikuti SMK Tinggi Melaka dan SMK St. Francis dengan masing-masing mencatat seramai tiga pelajar cemerlang.

Kata Kasim, Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 2.50 pada tahun lalu berbanding 2.45 pada 2011.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.