saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 28/05/2013

Festival Sungai Melaka saji lebih 50 acara

MELAKA 27 Mei - Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 dijangka lebih meriah berikutan bakal menyajikan lebih daripada 50 acara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid berkata, acara seperti Melaka Parade, perarakan bot berhias, persembahan silat, tarian naga dan sukan air menyaksikan penyertaan paling ramai.

Beliau yakin festival yang telah bermula Sabtu lalu dan akan berakhir pada 22 Jun ini, mampu menarik pengunjung lebih 800,000 orang berbanding 400,000 orang tahun lalu.

''PPSPM dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri lain telah menyediakan pelbagai program yang menarik dan cukup menghiburkan kepada pengunjung.

''Setiap hari kita menyediakan pelbagai aktiviti dan setiap cuti hujung minggu aktiviti yang disediakan bermula dari pagi hingga lewat malam," katanya di sini hari ini.

Baharom berkata, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan berlangsung di Dataran Sungai Melaka dan Taman Rempah.

Menurutnya, majlis perasmian festival berkenaan akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Menteri, Datuk Idris Haron pada 31 Mei ini.

Beliau berkata, majlis berkenaan akan diadakan di Dataran Sungai Melaka bermula dari pukul 8 hingga 12 tengah malam.

''Majlis perasmian akan diserikan dengan perarakan bot berhias daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta. Kita jangka lebih 80 bot berhias akan mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, antara acara disediakan sepanjang festival berkenaan adalah pertandingan Melaka Idol, irama Malaysia, persembahan kebudayaan kanak-kanak, pertandingan bot kawalan jauh, Battle Of The Band, pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak.

Katanya, acara lain yang mencuri tumpuan adalah pertandingan retro, pertandingan badang, warna-warni rakyat Malaysia, Larian Kitar Semula 2013, larian sungai Melaka, pertandingan kayak, pertandingan masakan, festival pantun, malam puisi dan sebagainya.

Beliau mempelawa seluruh rakyat agar datang beramai-ramai bagi memeriahkan festival kali ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.