saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 01/06/2013

Suasana pilu selubungi majlis perpisahan Mohd. Ali

Mohd. Khalil Yaakob (tiga kanan) bersalaman dengan Mohd. Ali Rustam sambil diperhatikan Idris Haron (tengah) pada Majlis Sekalung Budi meraikan perpisahan bekas Ketua Menteri di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 31 Mei - Suasana sedih menyelubungi Majlis Sanjungan Budi sewaktu seorang remaja perempuan yang dipaparkan melalui tayangan montaj menceritakan mengenai keperibadian bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika ketika remaja tersebut sambil menitiskan air mata menggambarkan Mohd. Ali Rustam sepanjang 13 tahun menjadi Ketua Menteri sejak 1999 adalah antara pemimpin yang disanjung tinggi.

Remaja berkenaan menggambarkan bekas Ketua Menteri kesembilan itu sukar dicari ganti kerana usaha gigihnya membantu rakyat daripada lapisan masyarakat menjadi rutin harian hidupnya hingga tidak mempedulikan keluarganya sendiri.

Tayangan montaj selama lima minit itu menyentuh perasaan tetamu kehormat antaranya Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron serta isteri, Datin Fadilah Abdullah.

Dalam majlis itu, Mohd. Ali turut ditemani isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman sempena majlis perpisahan beliau selain Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Majlis Sanjungan Budi yang diadakan di Dewan Seri Negeri itu turut dihadiri seluruh kakitangan di pejabat Ketua Menteri, ketua-ketua jabatan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen.

Selain Mohd. Ali dan Omar, turut diraikan dalam majlis itu ialah bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Yaakub Md. Amin, Datuk Seet Har Cheow, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Datuk Gan Tian Loo dan Datuk R. Perumal.

Turut diraikan bekas ADUN yang tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu Datuk Tahir Hasan (Paya Rumput), Mohd. Yazed Khamis (Rim) dan Datuk Chua Kheng Hwa (Bemban).

Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Fong Chan Ong.

Sementara itu, Shafinah Ahmad, 24, yang bertindak jujur memulangkan wang tunai berjumlah RM11,000 yang ditemui di sebuah bilik penginapan di hotel tempatnya bekerja menerima penghargaan berupa wang tunai RM1,000 dan sijil daripada kerajaan negeri.

Mohd. Khalil turut menyampaikan cenderahati kepada semua yang diraikan termasuk isteri masing-masing.

Sementara itu, Mohd. Ali dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan di Seri Negeri kerana telah memberikan kerjasama sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri sejak 1999.

"Saya minta seluruh kakitangan awam untuk memberi sokongan padu kepada Idris sebagai Ketua Menteri baharu dalam usaha beliau untuk membangunkan Melaka," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu seluruh rakyat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini.

"Rakyat perlu percaya hanya kerajaan BN sahaja yang berjiwa rakyat dan oleh itu, berilah sokongan kepada Ketua Menteri baharu untuk mengemudi Melaka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.