saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/08/2013

Dodol, lemang dibuat secara tradisional dapat sambutan

Pijoi (dua dari kanan) bersama isteri, Muhaniza Muhamad dibantu oleh dua pekerja mengacau dodol tradisional asli di Kampung Jambatan Serong, Kuala Klawang dekat Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.

JELEBU 11 Ogos - Dodol amat sinonim sebagai makanan tradisional masyarakat pada zaman dahulu apabila menjelang hari raya.

Permintaan yang kian meningkat pada musim perayaan mendorong peniaga yang lebih dikenali sebagai Pijoi untuk menjual makanan tradisonal tersebut bagi menambah pendapatan.

"Sempena sambutan hari raya, saya bersama isteri menjual dodol yang dibuat secara tradisional dengan menggunakan kayu api untuk mendapatkan rasa yang asli.

"Kami menjual dodol ini panas-panas dengan mempamerkan cara pembuatannya kepada umum supaya para pelanggan terutama anak-anak kecil lebih menghargai makanan tradisional ini," kata Pijoi ketika ditemui hari ini.

Makanan tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Dodol Pijoi' menerima sambutan di luar jangkaan terutama sejak akhir Ramadan lalu apabila warga kota mula pulang ke kampung.

"Kebanyakan pelanggan kami adalah orang luar dan ia dijual dalam dua saiz masing-masing berharga RM10 bagi bekas kecil dan RM17 untuk bekas besar.

"Resipi dodol ini adalah daripada ibu saya, Hamiah Ariffin yang mana penggunaan bahan disukat tanpa menambah perisa lain," ujarnya.

Selain itu, turut dijual ialah lemang oleh Mohd. Fazlie Md. Yassin, 31.

"Selain musim perayaan, saya turut menjual lemang pada hujung minggu dan ternyata makanan tradisional ini bukan sahaja diminati oleh orang Melayu, malah turut disukai oleh kaum lain.

"Lokasi yang strategik di tepi jalan utama juga mendorong para pelanggan untuk membeli kerana kawasan letak kereta yang luas memudahkan mereka berhenti," katanya yang mampu menjual sehingga 300 batang lemang sehari.

Waktu operasi gerai Dodol Pijoi dan Lemang Panas adalah seawal pukul 9 pagi hingga 10 malam di tepi jalan utama Kampung Jambatan Serong, Kuala Klawang dekat sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.