saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 13/09/2013

Melaka cadang tubuh Muzium PDRM

Shah Gzali Khan Shahadad bersalaman dengan sebahagian murid sekolah selepas perasmian Program Penghayatan Malaysiaku Berdaulat di Muzium Rakyat, Melaka, semalam.

MELAKA 12 Sept. - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang menubuhkan sebuah Muzium PDRM di negeri ini dalam masa terdekat.

Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas berkata, walaupun sudah ada sebuah Muzium PDRM di Kuala Lumpur, pihaknya percaya penubuhan muzium sama di Melaka amat sesuai dengan statusnya sebagai negeri permuziuman serta menjadi daya tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Menurutnya, penubuhan muzium itu juga selari dengan sejarah penubuhan pasukan polis di negeri ini yang telah wujud lebih awal iaitu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

"Menjadi kewajaran untuk diwujudkan sebuah galeri atau muzium polis di negeri ini dalam usaha memperkenal kepada orang ramai tentang sejarah, pengorbanan serta jasa bakti anggota keselamatan di zaman dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Penghayatan Malaysiaku Berdaulat anjuran PDRM di Muzium Rakyat, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama PDRM, Perzim dan Persatuan Penulis Melaka (Penama) itu dirasmikan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad.

Jelas Khamis, tapak sesuai yang dicadangkan untuk penubuhan muzium ini ialah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang lama di Banda Hilir berhampiran kawasan muzium-muzium lain di negeri ini.

Ujarnya, usaha penubuhan muzium polis perlu disebabkan kebanyakan agensi badan beruniform di negara ini mempunyai muzium masing-masing di Melaka termasuk Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan terbaru Muzium Jabatan Penjara.

"Penubuhan muzium ini nanti diharap dapat dijadikan sebagai pusat hentian bagi para pelajar serta orang ramai untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan," katanya.

Tambah beliau, perkara ini akan dilaksanakan selepas perbincangan lanjut antara pihak Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Pelancongan bagi merealisasikan penubuhan muzium ini dalam masa terdekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.