saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/11/2013

Sekali datang pasti nak lagi

Peserta Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Penggembaraan Bumiputra (Bumitra) Malaysia disambut oleh penduduk inap desa Pelegong, Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 7 Nov. - Siapa kata Negeri Sembilan kurang tempat untuk dilawati? Walaupun saiz negeri ini tidak besar, bukan bermakna tidak ada yang menarik untuk dikunjungi.

Malah budaya di negeri ini merupakan sesuatu yang menarik untuk diketahui, begitu juga masakannya dan belum lagi bercakap soal landskap, flora dan fauna, kedamaian pantai dan banyak lagi.

Pendek kata, jika anda berkunjung ke negeri ini, paling tidak anda akan merasakan keenakan masakan lemak cili api, atau pun ‘tergoda’ dengan pantai peranginan Port Dickson.

Jika mahu yang lebih mencabar, redah sahaja hutan rimba di kawasan hutan simpan, anda akan terpukau dengan kehijauannya.

Inilah antara perkara yang mendorong Tourism Malaysia Negeri Sembilan membawa ahli dan jawatankuasa Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (Bumitra) menjengah dan mengambil tahu produk yang boleh mereka tawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke negeri Adat Perpatih ini.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kassim berkata, kehadiran ahli Bumitra ke dalam program lawatan pembelajaran Famtrip ke negeri ini adalah sesuatu yang dinantikan.

“Kita optimis, mereka akan menjadi ‘duta’ kepada pelancongan negeri ini dan bersama-sama mempromosikan destinasi menarik yang wajib dilawati jika datang berkunjung ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Untuk itu, katanya, sebanyak 11 syarikat yang bernaung di bawah Bumitra telah menyertai program itu dan dibawa melawat ke sekitar kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson.

“Antara lokasi menarik yang dilawati peserta menerusi program lawatan ini termasuk Hospital Pakar KPJ, Starfresh Agro Park, Muzium Diraja Istana Seri Menanti, Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Balai Cerap Teluk Kemang dan Muzium Tentera Darat," katanya.

Menurut Zaidi, ahli Bumitra telah diperkenalkan adat ‘makan bersilo’ yang akan diketengahkan sebagai perkara perlu bagi setiap pelancong yang ingin menikmati makanan terutama di Istana Ampang Tinggi.

“Ahli Bumitra juga dibawa menunggang burung unta di Jelita Ostrich Farm dan menginap di Homestay Pelegong, Labu dan Waterfront Boutique Hotel, Port Dickson. Kami mahu apabila pelancong datang ke Negeri Sembilan, mereka akan datang lagi," katanya.

Di samping itu, peserta turut berpeluang merasai pelbagai hidangan menarik di Kak Lang D’Rimba Kuala Pilah dan Restoran Kim’s Seafood Palace, Seremban.

Pada awal Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13 berkata, Negeri Sembilan akan menggunakan pendekatan ‘9 keajaiban’ dalam memastikan pelancongan diperhebatkan.

“Pendekatan terbaharu itu akan merujuk kepada sembilan tempat yang wajib dilawati pelancong sekiranya mereka datang melawat ke negeri ini kelak.

“Umpamanya jika kawasan Rekreasi Ulu Bendul di Kuala Pilah dimasukkan kelak, pelancong akan wajib berkunjung ke situ, selain lapan lagi tempat yang akan kita letakkan dalam ‘9 keajaiban’ ini," katanya.

Kata Mohamad, dengan pendekatan terbaharu itu sasaran kerajaan untuk melihat pelancongan menjadi sebahagian dalam penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri akan tercapai melalui kehadiran yang dijangka mencecah lima juta orang itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.