saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/01/2014

N. Sembilan hos Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil

Persiapan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan pada 17 hingga 19 Januari ini rancak dijalankan di Dataran Senawang, Seremban, semalam.

SEREMBAN 16 Jan. - Lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan penganjuran Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Dataran Senawang di sini selama tiga hari bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

"Kita yakin mampu mencapai sasaran kehadiran pengunjung itu dan upacara kemuncak adalah pada majlis perasmian sambutan yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.

"Buat masa ini, pelbagai persediaan berjalan lancar dan orang ramai dialu-alukan hadir bagi memeriahkan sambutan tiga hari ini," katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pelbagai program menarik disediakan sepanjang sambutan berkenaan termasuk penyediaan 150 gerai jualan, pameran, pertandingan memasak, mewarna, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, kuiz pengguna, cabutan bertuah, persembahan artis dan mencari harta karun.

"Namun, objektif utama sambutan ini adalah bertujuan mendidik peniaga agar mematuhi etika seperti larangan menjual barangan tiruan, pematuhan harga termasuk kesalahan menjual barangan tamat tarikh luput," ujarnya.

Sambutan itu dianjurkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan kerajaan negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.