saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 24/01/2014

Lipat Kajang jana ekonomi baharu Melaka

Idris Haron (dua dari kanan) menyerahkan cek bernilai RM1.5 juta kepada Syed Faisal Albar (dua dari kiri) bagi projek pembangunan infrastruktur gas di kawasan Elkay Industrial Park, Lipat Kajang, Jasin, Melaka, kelmarin.

MELAKA 23 Jan. - Kawasan Perindustrian Lipat Kajang (Elkay) di Jasin seluas 200 hektar berpotensi menjana sumber ekonomi baharu bagi kerajaan negeri yang menuju Negeri Melaka Maju Fasa II.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Elkay dilihat mampu menjadi kawasan perindustrian terbesar di negeri itu berdasarkan minat pelabur tempatan dan luar negara menjalankan operasi di situ.

Menurutnya, Elkay telah siap sepenuhnya dari segi infrastruktur, jalan raya, kemudahan air dan elektrik serta terbaharu ialah pembinaan infrastruktur bekalan gas.

Beliau berkata, setakat ini, sebuah syarikat pelabur dari Amerika Syarikat (AS) melabur dalam industri pembuatan produk kaca dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion.

''Ada tiga lagi syarikat dari luar negara turut menyatakan minat untuk membuat pelaburan di Elkay dan perkara ini masih di peringkat rundingan.

''Saya lihat Elkay bakal menjanjikan kawasan perindustrian berdaya maju di negeri ini setanding dengan beberapa kawasan perindustrian di Londang, Masjid Tanah, Rembia, Tangga Batu dan beberapa lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Gas Malaysia Berhad (GMB) bagi projek pembangunan infrastruktur gas di Elkay di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, PKNM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Bahram Mohd. dan GMB pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar.

Mengulas lanjut, Idris berkata, MoA yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu membolehkan GMB memasang paip gas sepanjang 39 kilometer dari Tebong di Alor Gajah ke Elkay melibatkan kos bernilai RM29 juta.

Beliau berkata, pemasangan paip gas itu termasuk beberapa infrastruktur lain dijangka memakan masa selama 20 bulan.

Sementara itu, dalam satu majlis yang sama, Idris turut menyaksikan majlis menandatangani MoA pembinaan infrastruktur elektrik Pulau Besar di antara PKNM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bahram mewakili PKNM manakala TNB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azman Mohamad.

Melalui perjanjian tersebut, Idris berkata, kos pembinaan kabel yang mempunyai 12 menara merentasi Selat Melaka dari Pantai Siring, Serkam ke Pulau Besar melibatkan kos sebanyak RM30 juta akan ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, PKNM akan membayar sebanyak RM15 juta manakala selebihnya oleh TNB.

Projek pembinaan kabel tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.