saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/03/2014

Insentif RM80,000 untuk 14 sekolah cemerlang di Melaka

Idris Harun (tengah) mengangkat tangan pelajar tunggal lelaki, Umar Hakeem Zulkarnain dari SM Sains Muzaffar Shah selepas memperolehi 9A SPM 2013 di Melaka, semalam.

MELAKA 20 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan insentif sebanyak RM80,000 untuk diberikan kepada 14 buah sekolah yang mencatat keputusan cemerlang apabila mencapai 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, insentif tersebut diberikan sebagai menghargai jasa guru-guru hingga membolehkan ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Menurutnya, dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Selandar dekat Jasin masing-masing akan menerima RM10,000 manakala sebanyak 12 buah sekolah lain pula masing-masing akan menerima sebanyak RM5,000.

"Insentif yang akan diberikan dalam satu majlis yang akan diatur tidak lama lagi bukan sahaja bagi menghargai jasa sekolah-sekolah yang mengharumkan nama Melaka apabila mencatat keputusan cemerlang 100 peratus.

``Tetapi lebih penting ia sebagai pendorong kepada sekolah-sekolah lain yang kurang berjaya tahun lalu agar berusaha lebih gigih dalam memastikan peperiksaan SPM tahun ini mereka boleh mencapai keputusan 100 peratus, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2013 negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Rumah Media, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Sebanyak 12 buah sekolah yang akan menerima insentif RM5,000 adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Iskandar Shah, SMK Sultan Muhammad, SMK Teknik Melaka, SMK Ghafar Baba, SMA (Jaim) Assaiyidah Khadijah, SMA (Jaim) Al-Asyraf, SMK Teknik Jasin, SMKA Tun Perak, SMA (Jaim) Al-Ehya El Karim dan SMA Tahfiz al-Quran.

Mengulas lanjut Md. Yunos berkata, kerajaan negeri juga akan menambah kelas tuisyen bagi beberapa buah sekolah khususnya di luar bandar dalam usaha untuk memastikan pelajar di sekolah tersebut dapat mencapai keputusan cemerlang SPM tahun ini.

Menurutnya, usaha tersebut adalah langkah kerajaan negeri yang mensasarkan lebih daripada 14 buah sekolah boleh mencapai keputusan 100 peratus pada peperiksaan tahun ini.

"Kerajaan negeri akan meneruskan kelas tuisyen sekolah-sekolah yang sebelum ini mendapat peruntukan dan ada tambahan sekolah lain yang akan dikenal pasti, ujarnya.

Secara keseluruhan jelasnya, Melaka mencatat keputusan cemerlang selain 14 buah sekolah mencatat keputusan 100 peratus, sebanyak 410 pelajar daripada 13,650 yang menduduki peperiksaan SPM mencatat keputusan cemerlang semua A.

Ujarnya, keputusan tahun lalu itu jauh lebih baik berbanding 2012 dengan enam pelajar berjaya mencapai gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki iaitu dua orang mendapat 10A+ dan empat orang 9A+.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.