saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 02/04/2014

Teratak Za’ba di Batu Kikir terus jadi tumpuan pengunjung

Sebahagian daripada ahli Perkasa Parlimen Libaran Sandakan, Sabah bergambar selepas mengadakan lawatan ke Teratak Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) di Kampung Kerdas, Batu Kikir, di Jempol, baru-baru ini.

JEMPOL 1 April - Teratak Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) di Kampung Kerdas, Batu Kikir dekat sini terus menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara secara berkumpulan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Aziz Mohd. Gorip berkata, antara pengunjung tempatan yang mengadakan lawatan ke Teratak Za’ba adalah ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Parlimen Libaran, Sabah dan Perkasa Negeri Sembilan.

Pengunjung luar negara pula katanya, adalah pelajar Sekolah Antarabangsa DSKL German Class, Petaling Jaya dan pelajar Yame International Exchange Fukuoka, Jepun.

Beliau berkata, lawatan Perkasa Parlimen Libaran disertai seramai 15 orang dan Perkasa negeri ini seramai 20 orang.

"Lawatan keilmuan yang diadakan oleh kedua-dua rombongan ini bertujuan melihat segala koleksi Pendeta Za’ba yang dipamerkan dengan lebih dekat di samping memperoleh maklumat berkaitan riwayat hidup beliau yang juga tokoh agung yang memperkenalkan tatabahasa Melayu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lawatan Sekolah Antarabangsa DSKL German Class disertai seramai 15 orang pelajar bersama empat orang guru dan Yame International Exchange Fukuoka disertai seramai 12 orang pelajar.

"Difahamkan ini kali pertama rombongan pelajar daripada kedua-dua buah negara tersebut berkunjung ke Teratak Za’ba," ujarnya.

Aziz berkata, rombongan Sekolah Antarabangsa DSKL German Class dan Yame International Exchange Fukuoka adalah dalam Program Inap Desa di Homestay Kampung Lonek, dekat sini.

Jelasnya, lawatan ke Teratak Za’ba adalah satu daripada pengisian aktiviti kedua-dua rombongan tersebut dalam program berkenaan.

Tambahnya, LMNS sentiasa menjalin kerjasama dengan Homestay Kampung Lonek bagi mempromosi Teratak Za’ba kepada para pelancong sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi di negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.