saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/04/2014

Melaka hargai seni lukis

Idris Haron menurunkan tandatangan pada plak perasmian sambil diperhatikan oleh Mohd. Yusof Ahmad (tengah) dan Pengerusi Perzim Melaka, Datuk Hamdin Abdollah (kiri) dalam Pameran Solo bertajuk Garis, Alor dan Bentuk di Bastion House, Banda Hilir Melaka,baru-baru ini. - Utusan/ Gaie Uchel

MELAKA 14 April - Lukisan seringkali ditakrifkan sebagai gambar, potret, rajah,­ ­ilustrasi, lakaran atau grafik yang dapat memberi terjemahan kepada sesuatu yang ingin disampaikan.

Lukisan merupakan hasil seni yang dihasilkan oleh si pelukis di atas medium tertentu sama ada kanvas, kertas atau dinding.

Ia dihasilkan sama ada secara basah menggunakan bahan seperti cat dan warna air atau secara kering menggunakan warna pensel atau krayon.

Sebenarnya, seni lukis terserlah bercambah dari satu medium ke medium yang lain malah ada pelukis yang cukup kreatif menggabungkan kedua-dua teknik tersebut untuk menghasilkan karya berimpak tinggi.

Di negara ini, seni lukis telah mula berkembang sejak tahun 1930-an di mana muncul pelukis-pelukis karya catan awal antaranya Yong Mun Seng dan Abdullah ­Ariff.

Bagaimanapun, ketika itu perkembangan seni lukis tidak begitu mendapat perhatian sehinggalah sekitar tahun 1950-an apabila muncul perintis dalam seni tersebut.

Mereka ialah Tay Hooi Keat dan Syed Ahmad Jamal yang telah memperkenalkan pelbagai konsep baharu tentang seni lukis sekali gus mempengaruhi perkembangan seni lukis di negara ini.

Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 antara bukti bahawa terdapatnya perkembangan pesat seni lukis di negara ini.

Malah, ia memberi gambaran bahawa kerajaan sentiasa memberi sokongan terhadap perkembangan seni serta kelahiran para pelukis tempatan yang berbakat.

Melaka adalah antara negeri yang sering dikaitkan sebagai hab perkembangan seni lukis di negara ini.

Boleh dikatakan, pelbagai hasil seni oleh para pelukis tempatan dan luar negara se­ringkali dipamerkan untuk tatapan peminat seni lukis di negeri ini.

Kedudukan negeri ini yang strategik dan sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara telah membolehkan karya-karya seni yang dipamerkan tidak sunyi dari bualan.

Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri dalam menggalakkan lagi usa­ha mengetengahkan bakat seni pelukis tempatan khasnya.

Ruang kepada pelukis seringkali diberikan melalui penganjuran pelbagai pameran lukisan yang mengetengahkan karya-karya terbaik si pelukis di Balai Seni Lukis Melaka.

Terbaharu, Perzim telah memberi ruang kepada Pameran Solo Ambassador Datuk Mohd. Yusof Ahmad yang merupakan bekas Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara mempamerkan hasil karya lukisannya bertajuk Garis, Alor dan Bentuk di Bastion House, Jalan Kota Melaka, Banda Hilir di sini.

Pameran yang mengambil tempoh sebulan sehingga 22 April ini mempertontonkan kepada umum lebih 70 karya terbaik beliau yang juga merupakan bekas diplomat itu.

Beliau berekspresi dan bereksperimentasi menggunakan cat air dengan gaya tersendiri.

Menurut Mohd. Yusof, kerjaya sebagai diplomat selama lebih 22 tahun di tujuh buah negara di seluruh dunia telah memberi ke­lebihan buatnya untuk mempelajari pelbagai teknik lukisan yang menarik.

Katanya, biarpun tidak mempunyai sebarang didikan atau latar dalam seni lukisan namun, minat untuk mempelajari seni itu mengatasi kepayahan yang ada.

“Penglibatan saya sebagai pelukis telah bermula sejak tahun 2001 ketika bertugas di Lima, Peru dan mendapat tunjuk ajar daripada seorang pelukis ternama di negara itu.

“Oleh sebab saya telah mengumpul ba­nyak koleksi lukisan antarabangsa sejak tahun 1981 manakala lukisan tempatan sejak tahun 1988, saya telah mula berasa teruja untuk berkarya sebagai pelukis.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah dapat mencungkil bakat yang tidak pernah saya sangka selama ini," katanya.

Beliau cukup meminati gaya lukisan ali­ran impresionisme seperti Claude Monet, Alfred Sisley dan Camille Pissaro menggunakan medium campuran termasuk cat air.

Kata Mohd. Yusof, dia telah melakukan pelbagai percubaan dalam menghasilkan karya tersendiri yang dapat mewarnai lagi seni lukisan di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.