saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 18/04/2014

Golf sebagai tarikan pelancong

Mohd. Khalil Yaakob (kiri) melihat Idris Haron melakukan pukulan tee off sempena lawatan ke tapak pembangunan Pusat Latihan Golf Warisan Jasin di Alamanda, Jasin, Melaka, semalam. - UTUSAN/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 17 April - Kelab Golf Jasin yang kini terbiar bakal berubah wajah menjadi Pusat Latihan Golf Warisan Jasin menerusi peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembangunan semula padang golf yang telah dibina sejak 1926 itu akan merancakkan lagi sukan golf sebagai subsektor pelancongan negeri.

Menurutnya, padang berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Kelab Golf Jasin, ditubuhkan oleh orang British yang bekerja menjaga ladang-ladang getah dimiliki Syarikat India Timur (East India Company).

"Penubuhan Pusat Latihan Golf Jasin tercetus melalui idea Yang Dipertua negeri, Tun Mohd.

Khalil Yaakob dan pembangunan ini mampu memberi nafas baharu di kawasan yang begitu nostalgia dan mempunyai nilai tersendiri terutama kepada penduduk tempatan dan peminat sukan golf.

"Projek ini dijangka siap dalam tempoh setahun dan ia dapat di-realisasikan dengan adanya

sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menambah kemudahan sukan di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Mohd. Khalil membuat lawatan singkat di tapak pembangunan Pusat Latihan Golf Warisan Jasin, Bandar Jasin di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Golf negeri, Datuk A.S Khamis dan Yang

Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Hazudin Hashim.

Sementara itu Khamis berkata, projek pembinaan itu akan menggunakan sepenuhnya kelua­san tanah sedia ada di sam-ping mengekalkan elemen-elemen

warisan tradisional.

"Ia juga akan menjadi kemudahan golf yang menawarkan latihan teori dan praktikal selain menawarkan perkhidmatan pakar kepada mereka yang ingin bermain golf," katanya.

Beliau menambah, padang golf yang akan dibangunkan itu bakal mempunyai hanya enam lubang berbanding sembilan atau 18 lubang kebiasaannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.