saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/05/2014

Kontraktor utama jangan amal monopoli

MELAKA 20 Mei - Amalan memonopoli peluang perniagaan secara tidak langsung boleh menjejaskan masa depan kontraktor kecil dan wujud tidak keseimbangan yang boleh menjejaskan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, sikap memonopoli oleh sesetengah kontraktor beberapa projek tidak sepatutnya berlaku kerana kemakmuran perlu dibahagikan secara adil dan dapat dirasai semua pihak.

Menurutnya, kontraktor utama perlu mempunyai sikap untuk membahagikan kekayaan diraih kepada rakan seangkatan atau memayungi kontraktor kecil lain yang baharu menapak dalam bidang keusahawanan.

“Pengetahuan, kepakaran dan pengalaman itu boleh dikongsi dengan menaungi pengusaha baharu serta membahagikan kepada kontraktor lain terutamanya bumiputera dengan sewajarnya agar masing-masing dapat menikmati kemakmuran ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutup Konvensyen Memperkasakan Ekonomi Melayu 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan ne­geri, Datuk Hasan Rahman dan Pe­ngarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera negeri, Datuk Hasnoor Sidang Husin.

Jelas Idris, kemajuan dan pembangunan sesebuah negeri bergantung kepada kaedah ekonomi utama yang saling berkait dengan ekonomi rakyat dan seterusnya dapat mewujudkan kitaran kehendak dan keperluan yang baik.

“Kedua-dua bentuk ekonomi ini penting dalam sesebuah pemba­ngunan bagi memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan pekerjaan dan modal yang memerlukan rakyat sebagai sumber manusia," ujarnya.

Beliau berkata, di negeri ini terdapat ekonomi utama seperti Kumpulan Melaka Berhad (KMB), Perbadanan Kemajuan Negeri Me­laka (PKNM), Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam), Yayasan Melaka dan sebagainya yang boleh memayungi kontraktor kecil untuk turut berjaya.

“Kontraktor yang telah berjaya ini mesti membantu kontraktor kecil sekurang-kurangnya memberi kekuatan untuk jadi kontraktor berjaya sekali gus mampu meng­angkat taraf ekonomi negeri," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.