saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/06/2014

Dua pelan atasi masalah air

SEREMBAN 4 Jun - Seba­nyak RM80 juta bakal dibelanjakan dalam melaksanakan dua pelan kontingensi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bagi daerah Tampin dan Rembau.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan bagi mengelakkan kebergantungan pengambilan bekalan air mentah daripada Empangan Gemencheh yang kini menjadi sumber utama bagi ke­gunaan pengguna di dua daerah berkenaan.

“Pelan pertama kita adalah untuk membina paip bagi menyalurkan air sungai Jelai untuk dipamkan ke empangan tersebut.

“Projek ini meliputi pembinaan paip sejauh 7.5 kilometer yang bakal menelan kos sebanyak RM50 juta dan melalui usaha ini kita berupaya memperoleh hampir 0.17 juta liter air sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Ne­geri di sini hari ini.

Mohamad berkata, bagi pelan kedua, kerajaan negeri bercadang untuk membina Loji Gemencheh yang bakal menelan belanja hampir RM30 juta.

“Namun ini adalah pelan jangka masa panjang dan pembinaan loji ini akan mengambil masa selama dua setengah tahun," kata beliau.

Menurutnya, kedua-dua pelan itu akan mengatasi masalah bekalan serta paras air yang berkurangan di empangan Gemencheh berikutan beberapa faktor.

“Walaupun kini sudah mula musim hujan namun paras air di empangan ini masih berada di tahap minimum.

“Ini disebabkan oleh faktor kawasan tadahan yang tidak besar selain empangan itu dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Ini secara tidak langsung menyebabkan air di dua anak sungai berhampiran turut menjadi kering kerana air telah di­serap oleh tanaman di estet berdekatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.