saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/06/2014

MB jadi mentor DPMM Negeri Sembilan

Abdul Rahman Yaakub (depan, dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Hasan selepas mengadakan pertemuan sewaktu majlis minum petang ahli jawatankuasa DPMM NS bersama Menteri Besar di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 4 Jun - Pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mentor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Sembilan (DPMM NS) dijangka mampu melonjakkan fungsi dan peranan badan itu sebagai payung kepada para usahawan di negeri ini.

Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub berkata, pengalaman luas Mohamad dalam dunia perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 adalah faktor utama mendorong dewan itu memohon supaya beliau menjadi mentor kepada pertubuhan itu.

Beliau berkata, dewan itu percaya ilmu pengetahuan dan pe­ngalaman Mohamad boleh dikongsi bersama ahli-ahli DPMM NS khususnya dan para usahawan di negeri ini amnya dalam menempuh selok-belok dan cabaran dunia keusahawanan yang semakin getir.

“Barisan jawatankuasa dewan ini yang baru dipilih telah menyatakan hasrat kepada Datuk Seri Mohamad supaya beliau menjadi mentor kepada DPMM NS pada majlis minum petang beliau bersama kami di sini baru-baru ini.

“Kami gembira kerana beliau te­lah menyatakan persetujuan terhadap cadangan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis ramah mesra itu adalah yang pertama antara Menteri Besar dengan ahli jawatankuasa dewan itu yang dipilih pada mesyuarat agung pertubuhan itu pada Mac lalu.

Menurut Abdul Rahman, Mohamad mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam dunia korporat dan perbankan bermula sebagai pelatih Bank Negara Malaysia pada 1979 dan sejak itu berkhidmat di beberapa buah bank antaranya Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank dan Pengurus Besar Bank Bumiputera di London.

Tambahnya, Mohamad kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad pada 1992 hingga 1994 dan Penga­rah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad pada 1994 hingga Mac 2004 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2004.

“Sejajar dengan pelantikan ini, kami akan mengatur beberapa siri program dengan Mohamad bagi membolehkan beliau bertemu de­ngan lebih dekat dengan para usahawan di negeri ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.