saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/06/2014

Cemerlang akademik, sahsiah diri wajar ada dalam bina insan

Yusmawati Kamaludin (kiri) menerima replika cek daripada Awaludin Said pada majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di STIAS Rembau sambil diperhatikan oleh Ipun Shamsudin di Rembau, kelmarin.

REMBAU 4 Jun - Melahirkan insan berketerampilan tidak hanya tertumpu dalam satu bidang tertentu sahaja, sebaliknya hendaklah meliputi aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Awaludin Said berkata, dua elemen itu hendaklah terpakai dengan serentak dalam melahirkan modal insan berkualiti, selain mening­katkan ilmu melalui rujukan yang diberikan pakar dalam bidang berkaitan.

“Dalam kita mengejar kecemerla­ngan akademik, jangan pula kita terlupa dalam soal memberi nilai tinggi terhadap perkembangan sahsiah, harga diri dan kepimpinan seseorang anak atau pelajar," katanya sewaktu menyerahkan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Rembau dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ipun Shamsudin; Penolong Pegawai Pendidikan daerah Rembau, Mohd. Fariz Othman dan Pengetua STIAS Rembau, Datin Yusmawati Kamaludin.

Kata Awaludin, adalah diharap STIAS Rembau ini menjadi contoh gabungan elemen berkenaan kepada sekolah lain agar sama-sama membina masyarakat yang kaya dengan nilai murni serta pintar dalam ilmu dan akademik.

“Saya berharap agar STIAS Rembau dapat menjadi sekolah contoh kepada yang lain kerana kurikulum dijalankan di sini merangkumi segenap aspek yang mampu melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Kota.

Mengenai bantuan yang diberikan kerajaan, beliau mahu supaya pelajar memanfaatkan wang yang diterima untuk keperluan penting.

“Gunakanlah untuk membeli kelengkapan pelajaran dan saya percaya, ini dapat meringankan beban ibu bapa," ujarnya.

Pada masa sama, Awaludin memuji STIAS Rembau yang berada dalam rangkaian Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) kerana menganjurkan banyak aktiviti ilmiah terutamanya dalam musim cuti persekolahan.

“Sudah sampai masanya ibu bapa memberikan nilai tambah dalam diri anak masing-masing pada waktu cuti ini dengan membenarkan mereka menyertai program membina jati diri, kelas pengajian dan sebagainya untuk pemantapan keyakinan diri.

“Percutian akan menjadi lebih bermakna apabila diisi dengan program berfaedah dan usaha ini harus dilakukan secara berterusan oleh pengurusan SEG dan STIAS Rembau pada masa hadapan," ujarnya.

Di bawah BKAP1M 2014 ini, Awaludin menyerahkan bantuan kerajaan sebanyak RM54,000 kepada Yusmawati untuk diagihkan kepada pelajar di sekolah ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.