saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/07/2014

500 belia terima faedah projek NAAM

MELAKA 11 Julai - Kira-kira 500 belia di negeri bakal menerima faedah hasil pelaksanaan projek rintis pertanian Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) bermula Ogos ini.

Pengasas NAAM yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (gambar) berkata, projek yang mendapat kerjasama kerajaan negeri itu seterusnya dapat membantu golongan berkenaan meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Menurutnya, hal itu disebabkan potensi pelaksanaan program tersebut yang mampu memberi pulangan antara RM5,000 hingga RM20,000 kepada setiap peserta.

"Justeru, peluang ini harus direbut golongan belia bagi memajukan diri terutamanya dalam bidang pertanian yang selama ini dianggap masih ke belakang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ibu Pejabat Yayasan NAAM Melaka di Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi NAAM negeri, Datuk R. Perumal.

Menurut Saravanan, ke­rajaan negeri juga turut te­lah bersetuju menyediakan ta­nah seluas 0.8 hektar di Bukit Senggih, Jasin bagi tujuan tersebut.

Tambahnya, peserta yang terpilih turut akan diberikan latihan serta bantuan pinjaman kewangan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

"Malah peserta juga tidak perlu bimbang mengenai urusan pemasaran hasil pertanian itu kerana ia akan diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan NAAM," katanya.

Bagi projek rintis itu, beliau berkata, tanaman cili merah dipilih untuk dilaksanakan disebabkan permintaannya yang tinggi selain mampu memberi pulangan lumayan dalam masa singkat antara tiga hingga empat bulan.

"Pada masa ini juga, bekalan cili merah masih banyak bergantung kepada sumber import dan ia dilihat mempunyai pasaran luas serta mudah diuruskan dari segi logistik," katanya.

Tambahnya, setelah melihat kepada hasil pulangan daripada cili merah ini nanti ia mungkin akan diperluaskan kepada tanaman lain pula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.